15 July 2018

PSM: Kaji kekangan perundangan demi laksana usul Tabung Awam Skim Perumahan Mampu Sewa Selesa di PRU15


USUL saya tak sama dengan Tabung Harapan Malaysia, kata Aduka Taruna ketika membentangkan usul dalam Kongres PSM Ke-20 di Ipoh, 14 Julai 2018.


RAMAi yang tersalah sangka pada usul ke-13 yang dibentangkan oleh delegasi Kelantan dalam Kongres Parti Sosialis Malaysia (PSM) Ke-20 pada tengah malam 14 Julai 2018 di Ipoh.

Ada delegasi menyangka usul yang dibawa Aduka Taruna atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani semacam ciplak dakyah penubuhan Tabung Harapan Malaysia konon-konon untuk melangsai hutang negara mencecah RM1.3 trilion.  

Menurut Aduka Taruna, usulnya berbunyi “PSM perlu wujudkan tabung untuk setiap kempen nasional yang dilaksanakan supaya cukup kewangan untuk menjayakan kempen itu.

Sebagai contoh, menurut Aduka Taruna, (Skim) Perumahan Mampu Sewa Selesa umpamanya, PSM perlu menubuhkan sebuah tabung awam untuk 34 juta rakyat Malaysia memilih untuk menyokong atau tidak kempen ini mulai sekarang sehingga PRU15 kelak.

Memang situasi berkaitan unit kediaman yang dibina oleh syarikat kapitalis swasta bukanlah melebihi permintaan rakyat, tapi tidak mampu didiami oleh rakyat tanpa rumah ATAU #OverProduction sedang dihadapi oleh rakyat terbanyak.

“Kalau PSM nak ambil bahagian dalam isu popular tapi mesti dengan analisis kiri, ini lah isunya.

“Rakyat terutama pengundi boleh menyumbang pada tabung awam ini atau menjadi sukarelawan kempen Program Perumahan Mampu Sewa Selesa ini ataupun bekerja seperti ahli PSM dengan dana tabung awam ini,” jelas Aduka Taruna, sambil meminta Biro Undang-Undang PSM mengkaji aspek perundangan untuk menubuhkan tabung awam tersebut.

Selain itu, Aduka Taruna berkata rakyat terbanyak akan untung jika Kerajaan Persekutuan menerima asakan PSM untuk melaksanakan Program Perumahan Mampu Sewa Selasa ini, antaranya seperti:

• Mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor perumahan persekutuan sendiri

• Mewujudkan multiplier effect daripada aspek ekonomi dan impak sosial 

• Meningkatkan tahap keselesaan hidup rakyat terbanyak terutama golongan B40 dan M40

• Menjana kuasa membeli rakyat dan kuasa produktiviti negara dll

Daripada kesemua 42 usul yang dibahaskan, usul yang dibawa Aduka Taruna diterima oleh majoriti delegasi, 48 undi.

No comments:

Post a Comment