20 July 2018

Kenapa kerajaan boleh kawal belanja, tidak cukai SST?


GAMBAR di pejabat pada petang Jumaat, 20 Julai 2018.


Di Dewan Rakyat petang 19 Julai 2018, anggota depan didakyah kononnya, rakyat melalui cukai SST ini hanya bayar RM21 bilion.

Menurut Menteri, percukaian SST membawa rakyat ‘untung’ kira-kira RM23 bilion, kerana, rakyat lebih terbeban dengan GST dengan hasil tahunan RM44 bilion.

Dalam mikroekonomi, sesebuah Kerajaan hanya boleh mengawal perbelanjaan (spending) sahaja, dan sama sekali tidak boleh mengawal hasil cukai. Kenapa?

Untuk contoh lebih jelas, mari kita buka balik bab sectoral balances, dengan mengandaikan Malaysia dipacu oleh sektor swasta tanpa Kerajaan berbelanja langsung walaupun RM1. Private Economy!

Andaikan Zainulfaqar membeli sebuah rumah daripada ayahnya, Yaacob, dengan meminjam RM100,000 di Maybank.

Maka, RM100,000 Zainulfaqar punya pinjaman adalah sama dengan aset/deposit Yaacob berjumlah RM100,000.

Dan, ia adalah saling berimbang (balances out) pada angka sifar.

Angka sifar kerana Yaacob punya savings adalah Yaacob punya pinjaman. 

Savings ataupun jumlah duit dalam ekonomi memang wujud, iaitu RM100,000. 

Tapi net savings (simpanan bersih duit dalam ekonomi) adalah sifar. 

Lainlah kalau Kerajaan Persekutuan (sebagai sektor kerajaan) berbelanja lebih dan Zainulfaqar ada gaji RM50,000 setahun. 

Ketika itu, jumlah duit dalam ekonomi (total savings) membabitkan kedua-dua sektor - iaitu private financial sector & goverment fiscal balances) menjadi RM150,000.

Dan, RM50,000 gaji tahunan Zainulfaqar itu dengan sendirinya dikira sebagai tambahan duit simpanan bersih dalam ekonomi (net savings).

Andaikan ekonomi Malaysia tanpa Kerajaan berbelanja walau RM1 pun, dengan Zainulfaqar dan Yaacob adalah kapitalis yang menguasai ekonomi negara.

Net savings memang tak wujud. Yang ada adalah savings sahaja.

Kerana, Zainulfaqar boleh beli rumah kerana dia meminjam daripada Maybank, manakala Yaacob ada simpanan duit ringgit RM100,000 itu kerana Zainulfaqar berbelanja (spending).

Kalau Zainulfaqar tak belanja pinjamannya RM100,000 itu, macam mana Yaacob nak ada RM100,000 duit ringgit itu? Tentu, tak ada.

Kalau Yaacob meminjam daripada Maybank sejumlah RM50,000 lagi pun untuk mengubahsuai rumahnya itu, ia juga adalah duit dalam ekonomi sahaja (savings).

Total savings tidak akan menjadi keuntungan kepada pihak-pihak berkenaan. 

Kalau dalam projek pengubahsuaian rumah Zainulfaqar membabitkan pembelian jentera dan dikenalkan cukai (GST atau SST) pun, ia lebih jelas menunjukkan bahawa Kerajaan tidak boleh mengawal hasil cukai yang sepatutnya dia dapat.  

Jelasnya di sini, tidak kira lah dalam senario ekonomi tanpa campurtangan kerajaan (private economy) atau ekonomi yang diperintah oleh sebuah kerajaan, Kerajaan hanya boleh mengawal perbelanjaan fiskal sahaja.

Contohnya, control spending Kerajaan Pusat dengan berbelanja lebih dengan membina lebih banyak ECRL & HSR, net savings dalam ekonomi bertambah-tambah, maka tentulah hasil kutipan cukai langsung dan tak langsung pun berlipat kali ganda. 

Net savings tak boleh wujud dengan sendirinya walaupun ekonomi negara dipacu oleh kapitalis swasta semacam Zainulfaqar dan Yaacob, melainkan Kerajaan Persekutuan sendiri mesti berbelanja lebih (deficit spending).

Apabila lebih ramai boleh bekerja dengan pendapatan mampu hidup, maka lebih banyak lah hasil cukai langsung serta tidak langsung boleh dikutip daripada rakyat dan projek-projek persekutuan yang dikawal oleh Kerajaan Pusat. 

Betul tak Kerajaan tak boleh kawal (anggaran) hasil cukai yang patut diterima dalam setahun, tapi Kerajaan boleh kawal perbelanjaan fiskalnya (spending)?

Bayangkan. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus