Bas pengantara percuma CAT Alma mula operasi 22 Julai - ADUN PKR


(Dari kiri) LEE Khai Loon, Jab Samat, Mustaqin Alpi dan seorang hadirin lain dalam bas pengantara percuma CAT Laluan Alma di sini petang tadi. 


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

MACHANG BUBOK - Bas pengantara percuma CAT untuk laluan Alma akan mula beroperasi pada 22 Julai 2018, tiap-tiap hari seawal jam 6 pagi hingga 10 malam.

Ketika berucap, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon  (kiri)  berharap kemudahan pengangkutan awam yang disediakan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tersebut dapat meningkatkan mutu kehidupan rakyat setempat.

“Memanglah jalan utama ke Jalan Rozhan adalah agak sesak terutama pada waktu puncak.

“Keputusan Kerajaan Negeri menyediakan bas pengantara percuma percuma adalah tepat pada masanya.

“Dengan kemudahan bas pengantara percuma ini, diharap lebih menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan peribadi, sekaligus mengurangkan lambakan kenderaan atas jalan,” jelasnya pada Majlis Perasmian Operasi Bas Pengantara Percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) di perkarangan parkir pasar raya AEON Bukit Mertajam pada 18 Julai 2018
.


LEE Khai Loon bersama-sama komuniti setempat meluncurkan operasi bas pengantara percuma CAT Laluan Alma di sini pada petang tadi. 


Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ong Jing Cheng dan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Mertajam, Jab Samat dan Mustaqin Alpi (Pegawai Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang).

Difahamkan, laluan CAT Alma adalah meliputi Taman Seri Janggus, Taman Sejahtera Indah, Taman Selesa, Pasaraya Wonderful, Pusat Perniagaan Alma, Taman Alma Jaya, Taman Selamat, Taman Nirvana, Pusat Sukun Jesselball, Taman Seri Impian, Masjid Alma Jaya, AEON Mall, Taman Seri Kijang, pasar raya TESCO, Taman Impian Ria, Perindustrian Ringan Alma, Taman Usaha, Peindustrian Usahajaya, Perindustrian Asas Murni, Taman Amra dan Taman Sukun.

Kekerapan bas adalah antara 30 hingga 55 minit.

Comments

Disqus