Tiga badan korporat dari P.Pinang sumbang RM425,000 untuk Tabung Harapan Malaysia


PARA pemimpin badan korporat dari Pulau Pinang menyerahkan cek replika sumbangan untuk Tabung Harapan Malaysia, dalam majlis ringkas bersama-sama Ketua Menteri serta Exco Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang di KOMTAR pada tengah hari 27 Jun 2018.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Tuan Chow Kon Yeow menerima RM425,000 sumbangan daripada tiga syarikat Kerajaan untuk disalurkan dalam Tabung Harapan Malaysia.

Pengerusi Iconic Hotel, Dato' Tan Kean Tet menyerahkan RM200,000 sumbangan, sementara Presiden Proprietors' General Association, Ho Su Mong dan Pengerusi Perusahaan Sindi Sdn. Bhd., Dato' Khoo Cheok Sin masing-masing menyerahkan RM125,000 dan RM100,000.

Ketika berucap, Kon Yeow memberitahu kesemua sumbangan awam terbaru itu kepada pihak Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng, demi membantu Kerajaan Persekutuan mengurangkan beban hutang negara yang dikatakan mencecah lebih RM1 trilion.

Kemaskini facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia menjelang jam 3 petang 27 Jun 2018 menunjukkan jumlah keseluruhan sumbangan yang diterima Tabung Harapan Malaysia direkodkan sebanyak RM127,363,516.37.

Comments

Disqus