26 June 2018

Ditahan Pak Guard warganegara asing ketika window shopping


SAYA di Klinik Kesihatan Desa Permatang Batu, Seberang Jaya, sedang menunggu Ila menerima rawatan doktor di sini pada 8 pagi 26 Jun 2018.


PENANGAN Aidilfitri, perut buncit dan tetek saya pun semacam bengkak tembun. 

Jadi, tengah hari semalam saya mencuri masa window shopping di sebuah pasar raya dekat tempat saya bekerja, George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO. 

Hampir sejam juga saya berjalan kaki tanpa henti, untuk projek membakar lemak. 

Kerana, ini cara orang paling malas untuk mula kembali bersenam di padang atau gym.

Barangkali muka saya ini macam penyeluk saku atau pencuri barang pasar raya, akhirnya saya dicurigai.

Seorang jaga, bukan warganegara (mungkin dari Bangladesh atau Nepal), telah menahan saya atas sebab itu. 

Semacam biasa, saya bertanya sebab apa ditahan dan meminta saya membuka beg galas saya. 

Selepas diasak, akhirnya saya pun meminta untuk berjumpa dengan pentadbir pasar raya itu. 

Waktu bertemu dengan wakil pentadbiran pasar raya berkenaan, saya mempertikai cara jaga-jaga berkenaan melayan saya. 

Pentadbir berkenaan melafazkan permohonan minta maaf atas alasan jaga-jaga berkenaan bukan warganegara dan tidak mendalami budaya Malaysia.

Saya sebut kepadanya, kalau polis atau mata-mata menahan saya tanpa memberitahu sebab saya ditahan atau beg galas saya digeledah sekalipun, akan saya persoal dan pertikai.

Ini bukan isu warganegara atau buruh asing, kerana real leftist akan melihat manusia sebagai manusia.

Real leftist akan melihat kepelbagaian bangsa, adat, kepercayaan dan agama sebagai budaya yang kian berkembang secara dinamik. 

Buat apa bermusuh dengan perkembangan dan perubahan budaya, kalau ia boleh dihargai?

Di Malaysia kita seringkali memandang serong terhadap kemajmukan budaya. 

Sampai ada yang mengkelaskan, andai warganegara yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja, harus dibela oleh kerajaan.

Sedangkan, kalau yang mati di tapak pembinaan akibat kecuaian pemaju swasta adalah buruh asing, maka didiamkan begitu sahaja. 

Manusia adalah manusia. Hanya real leftist melihat warganegara ataupun buruh asing sama sahaja sebagai manusia.

Sikap serta cara berfikir real leftish ini mungkin tidak disenangi oleh puak kapitalis neoliberal.

Tapi, pemikiran real leftist ini selari dengan firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran yang bermaksud:

 “Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki  seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal...” (QS. 49:13) 

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ

No comments:

Post a Comment