18 May 2018

Saifuddin Nasution ke mana?




KE mana Datuk Saifuddin Nasution Ismail, tanya seorang penyokong kuat kepada bekas Penasihat Strategik Ketua Menteri itu tadi.

Saifuddin, Setiausaha Agung PKR berjaya menyandang kembali kerusi Parlimen Kulim - Bandar Bharu; selain kekal kemenangan di kerusi DUN Pantai Jerejak.

Sebelum pilihan raya, ura-ura Saifuddin akan menjadi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang baru.

Apabila Pakatan Harakan kekal menang di Pulau Pinang dan merampas Putrajaya pada 10 Mei lalu, saya masih menyangka yang Saifuddin akan menjadi Timbalan Ketua Menteri I di negeri ini.

Apabila Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow mengumumkan kerusi itu akan diisi oleh wakil rakyat yang lain dari PKR, saya membayangkan dua susuk tubuh sahaja. 

Pertama, Dr Afif Bahardin yang berjaya menyandang kerusi DUN Seberang Jaya, kerana Timbalan Ketua AMK nasional itu ada pengalaman sepenggal sebagai Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan.

Kedua, tentulah Ketua Cabang PKR Balik Pulau Dato’ Abdul Halim Hussain. Abdul Halim ada pengalaman sepenggal sebagai Speaker DUN Pulau Pinang, selain agak ‘lama’ dalam PKR Pulau Pinang.

Seperti yang diketahui semua, Kon Yeow mengumumkan Dato’ Ir. Zakiyuddin Abdul Rahman sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang baru. 

Di Pejabat Penerangan, rakan setugas berkata, “Haji Zakiyuddin adalah TKM1 yang ketiga, harap beliau kekal sekurang-kurangnya dua penggal selepas ini untuk jawatan ‘keramat’ itu.”

Bagi saya secara peribadi, “Haji Zakiy” sangat layak sebab layar belakang profesionalisme beliau yang sebelum ini terbukti sukses.

Sedang saya masih tertanya-tanya “Ke mana Datuk Saif...?”

Seorang teman dari HQ PKR di Tropicana, Selangor baru sebentar tadi memberitahu, “Datuk Saif mungkin ke Putrajaya...untuk jawatan Menteri.”

“Nurul Izzah?” tanya lanjut saya menerusi telefon.

Menurut sumber, Nurul Izzah memang layak menjadi Menteri, cuma Sdr Anwar Ibrahim tidak mahu puteri sulungnya itu dalam kabinet Perdana Menteri Ke-7 Malaysia, Tun Dr Mahathir.

“Takkan Nurul (Izzah) pun nak duduk dalam kabinet bersama sama isteri Pak Sheikh (iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri),” responsnya. 

Saya jadi respeks dengan Sdr Anwar secara politik dan secara peribadi. Sikapnya mencerminkan beliau matang. 

Kalau Nurul Izzah pun menjadi Menteri, mungkin lebih panas reaksi natizen, yang ketika ini begitu lantang mengkritik Dr Mahathir mengumumkan dirinya sebagai Menteri Pendidikan.

Ke kementerian mana Saifuddin, saya sendiri tidak tahu. 

Kalau tidak mengetuai mana-mana kementerian, tapi dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri ataupun Timbalan Menteri di JPM (bahagian perundangan), saya berharap Saifuddin berusaha melepaskan Ustaz Wanji Wan Hussein yang bakal menjalani hukuman penjara 9 bulan di bawah Akta Hasutan.

Jangan tanya saya lah Ustaz Wanji masih kekal di Pulau Pinang atau kembali ke Kuala Lumpur? 

Saya hanya berdoa yang baik-baik untuk sahabat saya itu. 

Amin. 

No comments:

Post a Comment