15 April 2018

Perempuan bukan hamba, lelaki bukan raja!







Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Sosial | Menarik gambar beberapa wanita muda, yang bagi saya mungkin geng feminis, memuatnaik kempen anti patriaki di Instagram mereka hari ini. 

Saya tidak pasti, pernah saya cerita atau tidak di Facebook ini, mengenai suatu kajian sosial budaya yang dibuat di Jerman Timur dan Jerman Barat selepas dua dekad runtuhnya tembok Berlin.

Secara umum kajian tersebut menyentuh mengenai keretakan rumah tangga serta tahap kebahagian hidup berkeluarga di kedua-dua blok politik ideologi tersebut.

Secara ringkas, tahap keretakan institusi rumah tangga di Jerman Timur adalah lebih rendah, berbanding di Jerman Barat.

Kedua, tahap kepuasan responden di kalangan pasangan lelaki dan wanita di Jerman Timur adalah lebih tinggi dan menyerlah berbanding di Jerman Barat.

Dalam kajian sama, ahli kaji sosial melahirkan beberapa persoalan. 

Menurutnya, di Jerman Barat komunitinya lebih kuat beragama berbanding di Jerman Timur yang majoriti adalah fahaman Atheis serta Real Leftist. 

Maka sepatutnya kadar perceraian di kalangan orang kuat beragama tentulah lebih rendah berbanding mereka yang tak percaya Tuhan dan real Leftist.

Lebih menarik, pengkaji hairan kerana di Jerman Timur hampir tidak ada tabiat manipulasi ke atas wanita berkeluarga secara melampau, berbanding di Jerman Barat yang lambakan filem pornografi dll.

2. Wacana Sosial

Pernah saya berkongsi rumusan ringkas mengenai isu berbangkit ini dengan seorang teman, ekonomis real Leftist beberapa bulan lepas.

Menurut beliau, real Leftist memang anti patriaki, iaitu menentang tabiat mendominasi pasangan wanita tidak kira lah secara emosional, mental, fizikal hatta seksual. 

Jarang kita melihat lelaki normal akan mendominasi lelaki normal yang lain kerana sama gender. 

Maka, lelaki anti patriaki akan melihat pasangan wanitanya sama kedudukan dengan rakan-rakan lelaki yang lain secara semulajadi.

3. Syurga Bawah Tapak Kaki Suami?

Real Leftist tidak akan mengongkong pasangan wanita mereka. Segalanya mereka akan saling berkongsi bersama (sharing together).

Tidak ada dakyah aneh seperti “Syurga seorang isteri adalah di bawah tapak kaki suami” yang menjadikan wanita di rumah semacam hamba.

Dakyah aneh sebegitu menjadikan tugas menjaga anak, membasuh baju, menyiapkan makanan, mengemas rumah dll adalah tugas-tugas rasmi seorang isteri.

Tapi, bagi lelaki real Leftist, mereka akan saling menguruskan segala tugasan dan tanggungjawab berkeluarga secara bersama.

Sebab itu lah, lelaki real Leftist akan memandikan anaknya, menyiapkan sarapan, membasuh baju, menggosok pakaian, mengemas rumah dll, walaupun akan dicebik sebagai takut bini dan sebagainya.

4. Kepuasan Seks 

Ada doktrin beragama menyebut seorang isteri kalau diminta untuk bersetubuh di belakang badan unta pun, patut menyerahkan “kangkang”.

Lelaki real Leftist menganggap segalanya sebagai “sharing together”, maka kenikmatan seksual adalah saling imbal balik.

Wanita faminisme yang anti patriaki ada kalanya “merogol” suaminya dan ada kalanya suaminya “merogol” dirinya.

Bukan seperti mereka yang patriaki, menganggap hanya suami layak memuaskan nafsunya di ranjang tanpa mengambil kira perasaan di isteri sama ada suka atau terpaksa rela.

Kalau ada si isteri yang menganggap memang beliau tidak kisah diperlakukan sebegitu pun, wanita berkenaan adalah mangsa yang secara naif menerima amalan patriaki ke atas dirinya.

5. Melihat Wanita Sebagai Manusia

Memang, hanya real Leftist akan melihat wanita sebagai manusia. 

Bukan seperti lelaki kolonial di rumah mewah, hanya mencium tangan isterinya di depan khalayak pada majlis jamuan bangsawan untuk menunjukkan dirinya cool dan Gentleman.

Tapi, lelaki kolonial berkenaan masih menerima sistem perhambaan, contoh tulang masak wanita di dapur rumah bangsawan yang sama.

Perhambaan terhadap wanita (juga lelaki) adalah kerana lelaki kolonial berkenaan adalah patriaki.

Apabila seseorang patriaki, sebenarnya mereka akan melihat wanita sebagai sebahagian daripada material semata-mata; dan bukan manusiawi sebenar.

6. Real Leftist vs Kapitalis Neoliberal 

Di sini lah jawapannya, kenapa komuniti kuat beragama di Jerman Barat yang sangat melayan video pornografi? Lain tak bukan kerana patriaki memang melihat wanita sebagai ‘barangan komersial’. Maka, akan ada lah kapitalis bangsa memanipulasi wanita untuk tujuan komersialisasi pornografi ini.

Di sini juga jawapannya, kenapa komuniti Atheis dan real Leftist di Jerman Timur tak layan pornografi? Lain tak bukan kerana golongan anti patriaki melihat wanita sebagai manusia yang tidak wajar dimanipulasi hatta ditindas dalam apa rupa sekalipun. 

Hubungan seksual dinikmati serta diraikan antara seorang lelaki dan wanita adalah berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak. Ini, sharing together! 

Kes rogol di khalayak dekat Jerman Timur sangat rendah walaupun wanitanya berpakaian mencolok mata.

Sangat tinggi rekod kes rogol serta pencabulan kanak-kanak di gereja-gereja sekitar Jerman Barat, walaupun kewarakan lelaki dengan rantai salib senantiasa di tangan, sementara wanitanya senantiasa bertudung litup dengan pakaian beragama yang sopan.

7. Pendapat Saya

Membaca hasil kajian tersebut dan saling berbincang dengan seorang kawan real Leftist berkenaan, memang ia seakan dirasai wujud dalam komuniti umat Islam beragama di sekeliling saya sendiri.

Di khalayak, perwatakan mereka begitu sarat dengan sifat Rabbaniyyah (ketuhanan), tapi apabila ada peluang berkenalan lebih dekat dengan wanita yang bukan mahram, melucah mengalahkan Syaitan. 

Pernah saya mengada-adakan cerita, kononnya waktu melancong ke Jakarta, seorang teman wanita yang seksi atas sebab kepercayaannya kepada persahabatan kami mempelawa saya teman tidur satu kamar hotel dengannya.

(Memang di Indonesia terutama di Jakarta, apabila seseorang lelaki diajak teman sampai ke kamar hotel, itu adalah tanda persahabatan yang intim, bukannya wanita itu mengajak kita berzina. Ini lelaki Malaysia yang patriaki kena tahu unik budaya sesetengah wanita moden di negara jiran tersebut.)

Beberapa kawan di Malaysia, rata-rata orang beragama dan masih ahli Pan Malaysian Islamic Party bermati-matikan tidak percaya yang di dalam hotel itu kami langsung tidak bersetubuh tanpa nikah.

Malah, salah seorang daripada kalangan mereka, sudah berusia, lebai di atas kepala, imam di salah sebuah masjid kariah berseloroh, “rugi hang Pakaq langsung tak ‘sentuh’ kawan baik hang yang cantik ini,” susulan saya menunjukkan gambar salah seorang sahabat saya yang seksi tersebut.

Lalu saya memberitahu, “real Leftist tidak akan merogol kawannya, walaupun berkongsi bilik hotel. Segalanya adalah ‘sharing together’ - segalanya mesti dipersetujui kedua-dua belah pihak (gender).”

“Tapi, kalau seseorang itu real patriaki, walaupun beragama serta tidak pernah pernah ada peluang duduk sebilik dengan teman wanita yang bukan mahramnya, mereka tetap ada keinginan untuk mendominasi pasangan mereka melakukan persetubuhan tanpa nikah, dalam imiginasi mereka.”

Lelaki, kalau ada imiginasi untuk mendominasi wanita secara emosi, psikologi, fizikal dan seksual pun, sudah memadai untuk menyerlahkan anda seorang patriaki!

Setuju? 



#ManifestoMerah  |  #AnalisisPRU14  a.k.a Facebook

No comments:

Post a Comment