18 December 2017

Tun Daim temberang kononnya pelaburan ECRL ‘pinjaman bahaya’?



TENGAH hari ini, saya terpanggil nak respons artikel berita Daim: Is ECRL project an investment or a loan? 

Pinjaman pelaburan adalah pelaburan dan bukan pinjaman berbahaya seperti yang cuba didakyah oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Selepas siap ECRL ini, nilai kasar (net worth) bagi aset pengangkutan itu tentulah akan lebih tinggi berbanding angka pinjaman pelaburan asal.

Semacam pinjam RM100,000 beli rumah, selepas 10 tahun (walaupun belum habis bayar sewa rumah) net worth mungkin RM200,00. 

Pinjaman yang bahaya adalah pinjaman untuk membayar hutang. 

Contoh, Malaysia yang begitu banyak bergantung pada barang import, dalam keadaan mata wang rendah, tidak dapat tidak terpaksalah menggunakan Reserve BNM dalam mata wang asing (USD).

Jika tidak boleh menggunakan Reserve Bank untuk memenuhi permintaan keselamatan makanan  negara umpamanya, Kerajaan terpaksalah pinjam daripada IMF, dan birokrasi kewangan sebegini lebih jelas jika dilihat pada Balance of Payment.

Sebelum ini pun pernah saya bagi contoh kepada Timbalan Ketua Pemuda Amanah Sdr Faiz Fadzil mengenai beliau buat pinjaman peribadi untuk buka firma guamannya.

Saya kata, pinjaman ini adalah pelaburan yang pasti akan membawa pulangan untung (ROI) secara ekonomi dan sosial.

Lain lah jika dia pinjam daripada saya RM1 juta untuk pergi bayar hutang ceti dan bunga riba RM1 juta. 

Itu memang pinjaman bahaya dan bukan pinjaman pelaburan.

Pinjam ceti semacam pinjam IMF, contoh pinjaman berbahaya. 

Kalau kita faham pinjaman pelaburan bukanlah pinjaman berbahaya, kita akan faham juga berjudi main forex sehingga melesapkan berpuluh bilion ringgit Reserve BNM adalah contoh yang lebih bahaya.

Reserve BNM hilang begitu sahaja sebab seorang dua orang berjudi Forex peringkat antarabangsa.

Lawak lah!

#ManifestoMerah
#DEKPOS

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus