25 October 2017

Kenapa Kerajaan Pusat dalam Bajet 2018 wajib diasak supaya berbelanja lebih?

PENULIS bersama-sama anak perempuan #InsyirahSolehah (depan, kiri) serta dua ‘anak menakan’ lain, berkelah di Pantai Bersih Butterworth baru-baru ini, kerana aktiviti readah sebegitu paling kurang kos. 


Oleh: Zainulfaqar Yaacob

#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 


Wacana Ekonomi | Sedekad lalu, gaji bulanan Faqar ketika bujang dahulu pun sekitar RM3,000. 


Belanja utiliti, sewa rumah, sewa beli kereta, makan minum dll untuk seorang bujang tentulah RM3,000 itu.


Apabila Faqar mengahwini Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan, secara konservatif RM3,000 gaji bulanan itu perlu dibahagi untuk keperluan dua orang.


Ertinya RM1,500 untuk Faqar belanja hidup, dan baki RM1,500 lagi untuk isteri muda cantik jelita Faqar.


Pada 11 Jun 2011, anak bertuah kami dilahirkan. Ertinya isi rumah kami sekeluarga adalah tiga orang.


Kira-kira secara konservatif adalah RM1,000 untuk belanja hidup Faqar. RM1,000 lagi untuk belanja Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan. Dan, baki RM1,000 untuk anak kami.


Apabila gaji pada takuk yang sama, pertambahan bilangan isi rumah akan mengakibatkan kuasa berbelanja kian lemah.


Situasi sebegini hampir semua orang merasainya, termasuk pasangan muda baru berumahtangga - yang tiada harta pusaka bertimbun serta tidak cari makan kekayaan melalui ‘suaka’ ahli politik. Ini realiti!


Untuk berbelanja lebih daripada gaji bulanan RM3,000 tadi, Faqar ada dua pilihan.


Pertama, mencipta hutang seperti menggunakan kad kredit dll.


Kedua, menambahkan pendapatan sampingan dengan buat dua kerja dalam satu masa. 


Konteks Malaysia

 

Keluarga Faqar tiga beranak di atas adalah contoh, perumpamaan mudah untuk sebuah negara seperti Malaysia sebenarnya.


Pertambahan isi keluarga Faqar dari hidup secara bujang pada bertiga, samalah seperti populasi rakyat hidup yang kian bertambah daripada masa ke semasa.


(Sebenarnya kembali berdua selepas kematian isteri pada 9 Januari 2017 akibat sakit Cancer Hodgkin Lymphoma stage 4. Semoga Allah merahmati Allahyarhamuha Siti Hajjar Hassan.)


RM3,000 gaji sebulan Faqar adalah perumpamaan saiz ekonomi negara dan duit dalam kegiatan ekonomi - yang membabitkan kuasa membeli rakyat serta kuasa produktiviti negara.


Jika difahami cabaran Faqar berbelanja lebih selepas bilangan isi rumah bertambah, kita akan faham mengepa peri penting sebuah Kerajaan Persekutuan pun wajib berbelanja lebih.


Bayangkan pendapatan bulanan isi rumah Faqar yang terdiri oleh tiga anggota adalah RM9,000 sebulan, secara konservatif kuasa membeli Faqar sekeluarga adalah lebih tinggi - seperti waktu hidup bujang dahulu.


Walaupun ini contoh yang begitu konservatif, langkah Kerajaan Pusat saling bekerjasama dengan Kerajaan China melaksanakan projek infrastruktur awam negara seperti ECRL dan MRT, sebenarnya begitu membesarkan saiz ekonomi negara sejajar pertambahan populasi penduduk, khususnya buruh.


Semakin bertambah anggota isi rumah Faqar, ertinya kuasa membeli mereka yang RM3,000 sebulan tadi akan bertambah kecil dan mengecil.


Akibatnya, kuasa produktiviti juga tidak boleh berkembang sihat kerana kuasa membeli Faqar sekeluarga tadi bertambah kecil.


Begitu juga lah dalam konteks bernegara, bayangkan jika tunai Ringgit Malaysia dalam kegiatan ekonomi hari ini jumlahnya adalah sama seperti 10 tahun dahulu , walhal populasi penduduk pada tahun 2017 adalah bertambah lagi 10 juta manusia.


Lebih real, pergi lah ke pasar raya 1st Avenue atau Prangin Mall atau Komtar dekat George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Memang ada pengunjung window shopping’, tetapi lot komersial yang menjual komoditi bukan makanan memang lengang, disebabkan kuasa membeli rakyat yang kian lemah.


Kalau manusia makan sebulan sekali, Faqar ingat kuasa membeli di Seoul Garden, Taxes, Food Hall dll pun akan turun lengang dan kosong.


Kuasa produktiviti di semua pasaraya berkenaan umpamanya akan kembali berkembang sihat, sekiranya kuasa membeli rakyat ditingkatkan melalui campurtangan Kerajaan.


Syor


Dalam Bajet 2018 Pusat ini, Kerajaan Pusat perlu didesak melaksanakan dasar fiskal dan dasar kewangan yang lebih dinamik.


Pembangkang pula jangan lagi membawa dakyah songsang, kononnya “Malaysia akan bankrap jika hutang Persekutuan (dalam Ringgit Malaysia) melebihi 55 peratus berbanding GDP.


Dakyah sebegitu sebenarnya akan melemahkan lagi kuasa membeli dan kuasa produktiviti yang sedang kian lemah dalam aktiviti ekonomi rakyat.


Pembangkang perlu mendesak Kerajaan untuk berbelanja lebih dalam Bajet 2018 Pusat ini.


Kalau boleh dalam Belanjawan Alternatif 2018 ini, oposisi wajib mendesak Kerajaan Pusat dasar pemodalan besar-besaran atau industrilisasi kapital (industrialization capitalism).


Projek pembangunan produktif seperti ECRL dan MRT ini perlu dilaksanakan di Pulau Pinang juga kerana Kerajaan Negeri telah pun ada hasrat melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan (TMP) bernilai kira-kira RM47 bilion sahaja.


Percayalah bahawa projek TMP ini akan membesarkan saiz ekonomi Pulau Pinang secara produktif kerana lebih ramai rakyat ada kerjaya, gaji yang lebih setimpal, sekaligus akan meningkatkan kuasa membeli dan kuasa produktiviti di negeri ini.


Lagi produktif jika Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sendiri melaksanakan projek itu dengan melantik kontraktor produktif sebenar (termasuk dar China jika perlu), berbanding pemaju swasta spekulatif sedia ada.


Percayalah bahawa kuasa membeli rakyat serta kuasa produktiviti negara akan bertambah lemah, apabila Kerajaan Persekutuan sendiri diasak supaya berjimat belanja itu dan ini, seperti Faqar yang sudah bertiga beranak masih berbelanja RM3,000 sebulan.


Sebagai rakyat khususnya muda mudi, wajib kita mendesak Kerajaan Persekutuan dan oposisi supaya dalam Bajet 2018 Pusat mesti melaksanakan amalan berbelanja lebih?


Setuju?

No comments:

Post a Comment