29 August 2017

Tiong Lai patut berhenti menipu muda-mudi P.Pinang






Oleh: Zainulfaqar Yaacob
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Politik | Presiden MCA patut berhenti menipu rakyat, kononnya muda-mudi di negara ini bimbang mengenai masa depan negara dan bukanlah politik kepartian.

"Walau bagaimanapun, jangan fikir mereka tidak peduli terhadap politik. Mereka sedar tentang isu. 

"Sebagai contoh, mereka tahu bahawa ini adalah mengenai TN50 dan tentang masa depan yang mereka mahu," dalih Datuk Seri Liow Tiong Lai dipetik daripada akhbar The Star 29 Ogos 2017z

Menteri Pengangkutan itu seakan menipu rakyat muda-mudi Malaysia yang bermastautin di Pulau Pulau.

Sehingga kini, Kerajaan Pusat masih belum meluluskan permohonan Kerajaan Negeri untuk membina Pelan Induk Pengangkutan (TMP) di Pulau Pinang yang dianggarkan bernilai RM47 bilion.

Tujuan TMP ini adalah solusi trafik sesak pada waktu puncak di Pulau Pinang kini sehingga tahun 2050.

TMP terdiri oleh cadangan pembinaan jajaran LRT, monorel,  BRT, pintasan lebih raya antara bahagian Pulau dan Seberang Perai dan banyak lagi.

Jika TMP ini lulus, akan menambah bilangan pekerjaaan mahir yang begitu diperlukan oleh muda-mudi terutama lepasan Universiti Awam.

Pelaksanaan TMP akan mewujudkan kesan berganda (multiplier effect). Aspek ekonomi, kuasa membeli muda muda akan bertambah dan kuasa produktiviti negara juga turut meningkat.

Aspek sosial pula, muda mudi yang ada pendapatan lebih baik boleh memenuhi keinginan sosial seperti berkahwin, mendiami kediaman selesa, meningkatkan tahap keselesaan dan kegembiraan ibu bapa serta keluarga dan banyak lagi.

Andai Tiong Lai cakna muda-mudi, dia akan membantu proses kelulusan TMP ini.

Dia akan mengikut langkah Kerajaan Pusat melaksanakan projek usahasama ECRL membabitkan GLC Malaysia dan GLC China di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Sebenarnya cara Tiong Lai memperbodoh muda-mudi rakyat Malaysia kerana kebenciannya kepada pesaing tradisi, iaitu DAP.

"Barisan (Nasional) menegakkan nilai-nilai konsensus dan saling menghormati tetapi DAP menyemai benih kebencian. 

"Parti itu juga menyemai benih amarah terhadap Kerajaan (Persekutuan) yang menyebabkan perpecahan dalam masyarakat kita," dalih Tiong Lai lagi.

Berdasarkan dalihnya itu, Tiong Lai bukan sahaja menunjukkan wajah anti DAP, malah turut menzalimi muda-mudi rakyat Malaysia yang berharap boleh mencari rezeki melalui TMP ini.

Setuju?

No comments:

Post a Comment