28 August 2017

Pemimpin muda PKR patut belajar daripada luka kecil Pas, Amanah






Oleh: Zainulfaqar Yaacob
DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial

Wacana Politik | Waktu Allahyarhamuhu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri mencadangkan diadakan Mesyuarat Agung Khas Pan Malaysian Islamic Party susulan wujud kerjasama dalam gelap dengan UMNO dahulu pun, penyokong Mursyidul Am parti Islam itu digambarkan mahu pecahkan parti.

Tapi, sebenarnya ruang untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa itu ada dalam perlembagaan parti serta adalah satu proses demokrasi yang ada dalam parti. 

Kalau proses demokrasi sebegitu dilalui dalam perasaan yang manis dan mungkin kelat ketika itu, mungkin Pan Malaysian Islamic Party tidak terbelah dua hatta melahirkan Amanah.

Kerana tiada keraian berperlembagaan sebegitulah, akhirnya terbelah dua jua parti Islam berkenaan.

Sepatutnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh menimba pengalaman daripada 'luka kecil' yang masih berparut dalam akar umbi Pan Malaysian Islamic Party dan Amanah sendiri pada hari ini.

Di sini, bukanlah saya nak mengambil jalan ikhtilaf politik dengan Timbalan Ketua Angkatan Muda (AMK) nasional.

Patut Dr Afif Bahardin yang mulia menilai kembali kenyataannya yang menyebut "tiada keperluan untuk kongres khas PKR", sebagai reaksi pada desakan Naib Presiden parti, Rafizi Ramli.

Politik kepartian memang mencabar dan rumit, lebih-lebih lagi apabila berdiri atas sentimental reaksionari serta tidak jelas titik duduk dasar ekonomi progresif yang menguntungkan rakyat.

Setuju?

No comments:

Post a Comment