10 July 2017

Syor Timbalan Presiden Amanah lebih menguntungkan pemaju perumahan swasta berbanding rakyat Johor?


PEMIMPIN masa depan Malaysia yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor jika BN negeri tumbang pada PRU14 nanti. In sya Allah.


Oleh: Zainulfaqar Yaacob 
#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 

Wacana Ekonomi | Tanah awam & hartanah awam di Singapura jauh lebih bernilai, tapi pernahkah kita terfikir mengapa Kerajaan Republik itu tidak menjual secara spekulatif seperti di Malaysia?

Di Singapura, Housing & Development Board (HDB) asalnya ditubuhkan dengan 100 peratus dimilikpenuh oleh pemerintah republik itu.

HDP 100 peratus terlibat dari proses melukis pelan, membancuh simen sampailah menguruskan sewa selenggara rumah mampu sewa di Singapura.

Pemerintah Singapura tidak pernah menjual tanah awam, sama ada secara spekulatif ataupun secara tender terbuka.

Rumah awam di sana juga dibina sejajar dengan peningkatan populasi rakyat, kecuali sedikit sahaja unit rumah yang dijual begitu mahal.

Oleh kerana unit kediaman di sana adalah keperluan (need), maka tiadalah aktiviti pembelian unit kediaman secara spekulatif. Rumah bukan komoditi spekulatif!

Rumah disewa kerana benar-benar perlu, begitu sukar dibeli, maka bertambah sukar lah untuk dijual 'atas angin' membabitkan spekulator hartanah dan dorongan pihak bank.

Bank-bank konvensional di Singapura juga tidak mempunyai ruang yang luas menjana untung atas pinjaman perumahan, kerana unit rumah awam di negara itu disediakan untuk layak sewa sahaja.

Birokrasi hartanah yang mampu dilaksanakan seakan begitu ketat kerana pemerintah Singapura menguasai 100 peratus unit kediaman awam yang dibina di negara republik itu.

Pemaju perumahan spekulatif swasta tiada kuasa secara perundangan atau ekonomi untuk mengolah dasar perumahan negara Singapura yang begitu progresif (berbanding Malaysia).

Di Johor, Kerajaan Negeri tidak membina unit kediaman sendiri. 

Rumah yang dibina oleh Kerajaan Pusat di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) juga bukan 100 peratus dibina secara real oleh syarikat pemaju produktif Kerajaan Pusat.

Projek perumahan awam Kerajaan atau unit kediaman mewah semuanya dibina oleh sab-kontraktor, iaitu syarikat pemaju spekulatif swasta.

Pemaju perumahan spekulatif swasta ini membina unit rumah kerana percaya semuanya akan dibeli, sama ada oleh pembeli pertama yang layak atau spekulator hartanah yang disebut sebelum ini.

Walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) mengetatkan syarat kelayakan pinjaman perumahan, bank sendiri senantiasa akan mencari jalan untuk mendorong pinjaman sebegitu dibuat kerana itu salah satu cara bank menjana keuntungan.

Jika permohonan pinjaman perumahan ditolak atas sebab syarat kelayakan begitu ketat, pelanggan bank konvensional ini akan tetap ditawarkan pinjaman perumahan dengan kadar riba yang sedikit tinggi.

Kesan berantai yang terjadi antaranya, berlaku lambakan unit kediaman atau lebih tepat disebut - 'Over Production'.

'Over production' adalah situasi lambakan produktiviti ini terjadi bukanlah disebabkan unit kediaman dibina secara berlebihan berbanding permintaan penduduk, tetapi disebabkan rakyat yang tiada rumah tidak mampu mendiami rumah tersebut.

Bukan sahaja rakyat yang tiada rumah akan terus tidak mampu memiliki rumah, pemaju perumahan spekulatif dan bank juga masing-masing buntu untuk menjana keuntungan dengan menjual unit kediaman yang berlambak ini.

Contoh terbaru seperti laporan The Star pada 7 Julai lalu mengenai lambakan unit kediaman kira-kira 80,000 harta tanah bumiputera yang belum dijual dan kerajaan sedang berusaha menyelesaikannya bersama pemaju.

Status Bumiputera atau tidak adalah bukan isu pokok jika kita faham bahawa lambakan hartanah ini sebenarnya liabiliti masalah Pemaju perumahan spekulatif swasta itu sendiri.

Kerajaan Johor dicadang membeli dan menjual semula harta tanah bumiputera yang tidak terjual dan menjualnya semula melalui skim sewa beli (RTO) kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), lapor Malaysiakini 10 Julai 2017.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata pendekatan itu akan memudahkan orang ramai memiliki rumah dengan menganggap bayaran sewa bulanan sebagai ansuran pembelian perumahan.

Jika skim kerajaan negeri yang dicadangkan ini menguntungkan rakyat, jika diteliti, kita akan nampak sebenarnya pemaju perumahan spekulatif swasta jauh lebih menjarah untung.

Salahuddin pro pemaju spekulatif hartanah atau rakyat yang tiada rumah? 

Jika logik ekonomi sebegini diangkat menjadi manifesto parti atau mungkin lebih tinggi sebagai "Referandum" Pakatan Harapan, gambarannya adalah dasar ekonomi oposisi sebenarnya 2X5 5X2 dengan dasar perumahan rakyat yang dilaksanakan rejim Barisan Nasional pada hari ini.

Sekali lagi disebut, isu lambakan hartanah seperti di Johor atau negeri-negeri lain tidak berlaku di Singapura, kerana unit kediaman awam yang disewa kepada rakyat berkelayakan 100 peratus dimiliki oleh pemerintah republik.

Setuju?


'Begini caranya urus rumah tak terjual'
Malaysiakini | 10 Julai 2017
Kerajaan Johor dicadang membeli dan menjual semula harta tanah bumiputera yang tidak terjual dan menjualnya semula melalui skim sewa beli (RTO) kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata pendekatan itu akan memudahkan orang ramai memiliki rumah dengan menganggap bayaran sewa bulanan sebagai ansuran pembelian perumahan.

“Skim RTO boleh dibuat secara kerjasama dengan mana-mana bank. Skim RTO ini secara tidak langsung akan meningkatkan bilangan rumah mampu milik di negeri Johor,” katanya.
The Star pada 7 Julai lalu melaporkan terdapat lambakan kira-kira 80,000 harta tanah bumiputera yang belum dijual dan kerajaan sedang berusaha menyelesaikannya bersama pemaju.
Harta tanah itu, yang bernilai puluhan juta ringgit, merangkumi kondominium, pangsapuri, rumah kedai, lot industri dan rumah mewah.
Exco perumahan dan kerajaan tempatan Johor Datuk Md Jais berkata akan berbincang segera dengan Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA).
“Saya diberitahu bahawa pemaju berdepan banyak kekangan, termasuk aliran tunai kerana memegang unit bumiputera dalam tempoh yang lama.

“Kita harus cari penyelesaian menang-menang dalam isu ini kerana kita perlukan pemaju untuk terus membina rumah mampu bilik,” beliau dipetik sebagai berkata ketika diwawancara.
Bon jangka masa panjang
Dalam kenyataan hari ini, Salahuddin berkata terdapat kes pengguna yang layak tetapi tidak dapat membeku Rumah Mamou Milik Johor (RMMJ) kerana gagal mendapat pinjaman bank kerana tiada kerja tetap atau penyata kewangan yang lengkap.
Bagi mendapatkan dana bagi tujuan itu, AMANAH berkata Johor boleh menerbitkan bon atau sukuk jangka panjang.
Sementara itu, bagi lot bumiputera yang tidak terjual yang bukan kategori RMMJ, Kerjaan Johor boleh menubuhkan Tabung Amanah Hartanah Bumiputera.
Badan itu, katanya, boleh membeli lot-lot bumiputera yang tidak terjual tetapi mempunyai lokasi strategik dan jangkaan kenaikan nilai modal di masa hadapan.
“Maknanya tabung amanah tersebut akan memegang hartanah dan menjualkan kembali di masa hadapan bila mana ada pembeli bumiputera yang mampu untuk membelinya.

“Sementara itu, lot bumi itu akan disewakan sebelum dijual kepada pembeli bumiputera mengikut harga pasaran semasa ianya dijual,” katanya.