30 March 2017

BN tak jadi bentang RUU355 tiada kaitan dengan PAS, dalih Nik Abduh dapat kecaman netizen



SALLEHHAN Ahmad antara yang avatar yang lantang mengkritik Ketua Pemuda Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) di status terbaru page Facebook rasmi Ustaz Nik Mohamad Abduh.

Katanya, "Bagi lah alasan apa pun YB. Kalau tak tangguh dan terus bahas blh la kata dah buat ye...Bila dah bentang pastu tangguh dua kali lagi teruk dari BN yang sekurang2 nya jujur terus tak bentang."

Nizom Romli pula berkata, "Hahaha ustad dedak....bepuluh thn lawan musuh yg sama tp tak pernah kenal perangai musuh.. musuh yang cerdik atau kita yg bodoh?"

Nik Mohamad kira-kira tiga jam lalu menaikkan reaksinya berhubung isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Kerajaan Barisan Nasional Pusat tidak akan membentangkan RUU355 yang asalnya dibawa oleh PAS.

Najib, Presiden Umno berdalih pendirian menolak perbentangan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 tersebut adalah keputusan majlis tertinggi BN.

Nik Abduh di dinding page Facebooknya seakan tidak mengaku kelemahan ijtihad PAS untuk saling bekerjasama dengan Umno, sungguhpun tular di media sosial bahawa parti Islam itu sudah kena 'kencing' oleh Najib.

Nik Abdul berdalih, "Sebagaimana pernah disebut dan diakui sendiri oleh seorang YB Umno di DUN Kelantan sebelum ini, hanya PAS yang mampu dan bersedia. Umno masih belum mampu..."

Anak bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut berdalih bahawa langkahan Kerajaan BN itu langsung tidak menjejaskan usaha PAS.

"Kesediaan kerajaan BN untuk membawa sendiri RUU355 adalah langkah BN dan tiada kaitan dengan PAS," dalih Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Berikut contengan Nik Mohamad Abduh di page Facebook.