06 August 2014

Tantawi jangan tutup 'bangkai' Khalid Kidex...

TANTAWI (depan, kiri) disebut-sebut akan bertanding Timbalan Presiden PAS pada musing saingan Muktamar Thanawi depan demi mengambil alih peranan Ustaz Nasharuddin Mat Isa (depan, tengah) membantu Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang (depan, kanan).  
"Saya pelik kenapa TSKI (Tan Sri Khalid Ibrahim) dibantai teruk kerana projek yang bukan di bawah bidang kuasanya. Namun, dalam masa yang sama, tidak berlaku pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE)," kata Ustaz Nasruddin Hasan At-Tantawi.

RESPONS BJ FAQAR 
Oleh kerana Kerajaan Pusat tidak pernah mengamalkan tender terbuka, ertinya projek Lebuh raya Bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex) bernilai RM2.2 bilion jelas dianugerahkan kepada syarikat tertentu tanpa melalui tender terbuka.

Ini hakikatnya! 

Projek Kidex tetap akan diteruskan, kata MB Selangor.

Kalau ya pun Tantawi nak sokong kekal Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, KIDEX tanpa tender terbuka adalah 'bangkai' yang tidak boleh ditutup lagi.

Untuk tutup 'bangkai' Kidex yang dipertahan oleh Khalid, Tantawi seakan cuba menggambarkan bahawa pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng pun tidak mengamalkan tender terbuka dalam projek tiga pintasan lebuh raya dan terowong bawah laut di Pulau Pinang.

Pulau Pinang pada 14 November 2011 mengumumkan tender secara terbuka dan kompetatif, dengan Lembaga Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipengerusikan sendiri oleh Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri).

Ini kerana, mana-mana ahli politik termasuk Ketua Menteri dicegah menganggotai proses pemilihan tender serta mencampuri urusan menilai semua sebut harga syarikat kontraktor yang membida projek tersebut.

Kos projek tersebut dianggarkan sebanya RM8 bilion, dan Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. dipilih pada 6 Februari 2013 kerana menawarkan harga terendah berbanding beberapa pembida lain, iaitu hanya RM6.3 bilion dengan syarat-syarat yang kompetatif.

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 1 Mac 2013 melantik Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mokhtar Jait sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Terma & Syarat Perjanjian Asas Antara Kerajaan Negeri dengan Zenith BUCG, supaya wujud desentralisasi pada amalan tender terbuka ini.

Baca kenyataan rasmi Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti Lim Hock Seng di sini, atau Surat Terbuka Guan Eng, serta di blog berwibawa Anil  Netto.

Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dimajukan tanpa tender terbuka akhirnya diberikan kepada UEM Group Berhad.

Oleh kerana Kerajaan Negeri mengamalkan tender secara terbuka dan kompetatif, projek mega bernilai RM6.3 juta di Pulau Pinang akhirnya diperoleh oleh kontraktor Melayu yang langsung tidak dikenali sungguhpun cukup berwibawa.


Jika Tantawi nak menegakkan benang basah juga, kemukakan proses tender terbuka dalam projek Kidex yang cuba dipertahan Khalid, bukan mengfitnah secara tak logik konon-kononnya Kerajaan Pulau Pinang tidak mengamalkan tender terbuka dan kompetatif.

Satu lagi, semua info berwajib perjanjian turut didedah lebih 18 bulan untuk mendapat maklum balas semua pihak, termasuk NGO dan persatuan komuniti, selain mengamalkan tender terbuka secara kompetatif.

Sebab itu, sekali lagi saya nak sebut:

"Oleh kerana Kerajaan Pusat tidak pernah mengamalkan tender terbuka, ertinya projek Lebuh raya Bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex) bernilai RM2.2 bilion jelas dianugerahkan kepada syarikat tertentu tanpa melalui tender terbuka. Ini hakikatnya! Projek Kidex tetap akan diteruskan, kata MB Selangor. Kalau ya pun nak Tantawi nak sokong kekal Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, KIDEX tanpa tender terbuka adalah 'bangkai' yang tidak boleh ditutup." - respons BJ FAQAR

No comments:

Post a Comment