08 August 2014

Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa Ke-5 P.Pinang sasar 10,000 pengunjung esok!

LAY Hock Peng (duduk, lima dari kiri), Mohamad Shaipol Ismail (berdiri, dua dari kiri), Zulkifli Ibrahim (berdiri, tiga dari kiri) dan Ahmad Tarmizi Abdullah (berdiri, paling kanan) bersama-sama jawatankuasa penganjur Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa Ke-5 2014 Pulau Pinang pada sidang media di Hotel Exora Seberang Jaya, semalam. 

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa Ke-5 2014 selama dua hari bermula pada Sabtu, 9 Ogos berhampiran Hotel Exora di sini mensasarkan 10,000 pengunjung, kata pengarah operasi penganjur Lay Hock Peng.

LAY Hock Peng
Menurut beliau, 19 pasukan termasuk termasuk dua dari China dan Indonesia serta satu pasukan dari Thailand akan merebut kejuaraan berupa wang tunai RM10,000, diikuti RM5,000 (tempat kedua) dan RM3,000 (tempat ketiga).

“Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng diiringi oleh YB Law Heng Kiang (Exco Pelancongan) akan menyempurnakan majlis perasmian jam 2.00 petang esok (Sabtu).

“Melalui kejohanan ini, kita berharap Pulau Pinang, khususnya Seberang Perai akan terus menjadi destinasi pelancongan kebudayaan pilihan di rantau ini,” ujar Hock Peng pada satu sidang media di sini, semalam.

Tiga Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ahmad Tarmizi Abdullah, Mohamad Shaipol Ismail dan Zulkifl Ibrahim turut serta pada sidang media tersebut.

Hock Peng yang juga Pengerusi Kelab Veteran DAP Malaysia merangkap Pengerusi DAP Bahagian Kepala Batas memberitahu, tarian kompang yang menjadi salah satu identiti Melayu dirancang turut menyerikan keraian kebudayaan pada majlis perasmian nanti.

Kali pertama penganjuran Tarian Singa Antarabangsa bersama sokongan Kerajaan Negeri adalah pada tahun 2008.

Info lanjut, hubungi Hock Peng di talian 0164000755.

Berikut adalah pasukan yang sah bertanding pada kejuaraan kali ini.

1.  Penang Meihu Lion Dance Research Association, Malaysia
2.  Penang Meihu Culture & Sports Association
3.  Kwong Ngai Lion Dance
4.  Tarian Singan & Naga Behor Temak, Perlis
5.  Tai Tong White Crane Lion Dance
6.  Kwong Fei Shi Ngai Lion Dance
7.  Kun Seng Keng Lion & Dragon Association (Muar), Johor
8.  Kelab Tarian Naga dan Singa Taman Aman
9.  Tarian Singa Persatuan Belia Perkampungan Machang Bubok
10. Persatuan Tarian Singa & Naga Kun Seng Keng, Perak
11. Kelab Tarian Singa Persatuan Pembinaan Kuantan, Pahang
12. Khuan Loke Dargon & Lion Dance Association, Sungai Wei Selangor
13. Pertubuhan Tarian Singan dan Naga Hong Teik, Alor Setar, Kedah
14. Group Naga Barongsai Vihara Setia Buddha Namsein, Indonesia
15. China Team
17. Thailand Team
18. Indonesia Dragon & Lion Dance Federation-Kwong Ngai Laion Dance Jakarta
19. Shenzhen Qiaotou Lion Dance Association, China.

No comments:

Post a Comment