19 August 2014

Kibar Jalur Gemilang atas semangat majmuk P.Pinang – Guan Eng

PERTANDINGAN mewarna kanak-kanak di ruang utama Pasar raya Sunshine Bertam di sini baru-baru ini.
TUNGGU giliran persembahan pentas.
KIOR lagu-lagu patriotik.
ASYIK dan penuh semangat mendeklamasikan sajak kemerdekaan.
LIM Guan Eng (paling kanan) serta pemimpin Kerajaan Negeri lain pada majlis perasmian gimik Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
LIM Guan Eng (depan, empat dari kiri) dan Law Choo Kiang (depan, tiga dari kiri) serta pemimpin Kerajaan Negeri lain pada majlis istiadat menaikan Jalur Gemilang di Pasar raya Sunshine Bertam  di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB  

BERTAM - Kibarkan Jalur Gemilang dengan semangat kepelbagaian kaum sempena ulangtahun ke-57 Hari Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos ini serentak dengan keraian Hari Malaysia pada 16 September depan.

Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, kemajmukan kaum dan agama di Pulau Pinang mesti terus dijadikan kekuatan bersama bukan hanya pada sambulan Bulan Merdeka ini sahaja.

“Biarlah perbezaan kaum dan agama menjadi tonggak kekuatan dan bukan merupakan kelemahan dan kekurangan kepada masyarakat berbilang bangsa  di Pulau Pinang.

“Saya berharap semangat patriotism tidak berhenti setakat ini sahaja, kibarlah Jalur Gemilang di mana-mana sahaja,” ujar Guan Eng pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri dekat Pasar raya Sunshine di sini.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang turut berucap pada malis keraian tersebut.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri), Exco-Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait (Pegawai Kewangan Negeri) dan kepemimpinan negeri lain.

Istiadat kibarkan Jalur Gemilang, koir lagu-lagu patriotik dan deklamasi sajak merupakan antara acara pentas menarik pada keraian kali ini.

Tidak cukup dengan itu, Pertandingan Mewarna Kemerdekaan, melukis, Kuiz Kemerdekaan, permainan dam gergasi turut dianjurkan demi menyemarak semangat patriotisme dalam kalangan warga di negeri ini.

No comments:

Post a Comment