10 August 2014

Kenduri Kg. Pmtg. Tok Subuh dalam banjir, penduduk cekal terima notis arah kosong rumah dalam tempoh 30 hari

Bacaan Tahlil dan doa selamat merupakan seperti malam tadi merupakan antara amalan ibadah lazim penduduk Kampung Permatang Tok Subuh, berdoa supaya Allah SWT melunakkan hari tuan tanah terhadap nasib mereka di sini.
KEMERIAHAN Kenduri Kesyukuran Aidilfitri malam tadi seorang-olah langsung tidak mencerminkan masalah besar yang dihadapi di Kampung Permatang Tok Subuh, sekaligus menyerlahkan kecekalan penduduk di sini.
TENGOK....meriah kenduri kesyukuran di sini malam tadi.
TENANG....Puan Hamidah Che Embi (bertudung putih) kelihatan tenang menikmati juadah kenduri Aidilfitri, kawan-kawan wanita diakui antara antara yang paling kuat memberi sokongan bagi memimpin Badan Bertindak Kampung Permatang Tok Subuh hingga ke hari ini.

TENGAH sedap-sedap menikmati nasi jagung berlauk ayam masak merah dan ketupan rendang, tiba-tiba bumbung anjung salah satu rumah terpelanting ke khemah kenduri Kampung Permatang Tok Subuh.

Semua ketawa melihat latahan salah seorang wanita yang terkejut. Pukulan ribu yang bersulam dengan hujan kencang bagaikan tiada apa-apa.

Seorang kanak-kanak, mungkin dalam usia 9 atau 10 tahun menarik lengan baju Melayu saya. Kanak-kanak perempuan itu meminta saya mengalih kereta, kerana takut ditimpa renting besar.

Kak Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Che Embi, tersenyum. Dia memayung isteri saya Siti Hajjar Hassan dan anak, Insyirah Solahah sampai ke kereta.

"Seronok kenduri. Kalau banjir malam ini pun, kami dah biasa," seoroh Kak Hamidah, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Kampung Permatang Tok Subuh.

Saya tak terkata apa. Isteri pun diam. Insyirah bersembunyi di tempat duduk belakang kereta.

Dalam perjalanan balik, Hajjar melahirkan rasa sebak.

"Pakaq, tak tahulah macam mana Kak Midah dan penduduk lain kalau 'air naik' di Kampung Permatang Tok Subuh.

Saya diam. Saya kata, "hujan ribut yang cukup kuat sampai tak nampak jalan."


CERITA 'KAK MIDAH'
Sebelum hujan ribu yang kuat melanda kenduri kesyukuran Aidilfitri di kampung ini, majlis tahlil, doa kesyukuran serta penerangan ringkas sempat dilangsungkan. 

Menurut Hamidah, Hakim Nabisha Ibrahim pada petang Jumaat lepas telahpun membuat penghakiman ingkar (summary judgment) ke atas 26 individu, sebagaimana dituntut oleh tuan tanah Distinct Class Sdn. Bhd..

Selepas proses mitigasi, Hakim Nabisha menetapkan notis mahkamah selama 30 hari untuk kesemua 26 keluarga terbabit mengosongkan rumah serta tanah Kampung Permatang Tok Subuh, beserta denda RM5,000.

"Sebenarnya sebelum raya (Aidilfitri) lagi keputusan ini dibuat, Kak nampak Hakim yang baik ini cukup berat untuk membuat keputusan di kamarnya, semalam (Jumaat)," jelas Hamidah dalam ucapannya pada awal majlis kenduri di sini.

Hamidah memberitahu, Peguam Song yang mewakili pihak pendakwaan sebenarnya menuntut RM50,000 daripada pihak pembelaan, tetapi, mendapat pendapat yang berbeza daripada peguambela Ho Leng Hong dan mendapat reaksi Nabisha.


3 OPSYEN
Penjelasan Ho Leng Hong selepas mitigasi di Mahkamah Sesyen Butterworth memberitahu, 26 penduduk Kampung Permatang Tok Subuh mempunyai tiga opsyen.

Pertama, failkan rayuan ke peringkat Mahkamah Tinggi. Kedua, memohon budi bicara lanjut Hakim Nabishah untuk melanjutkan tempoh notis mahkamah. Ketiga, memohon Hakim membuat ketetapan pampasan yang sepatutnya 26 penama terbabit terima daripada tuan tanah.

"Setakat ini, kita pilih opsyen pertama. In sha Allah 25 Ogos ini, wakil penduduk Kampung Permatang Tok Subuh akan mengfailkan permohonan rayuan peringkat Mahkamah Tinggi," jelas Hamidah dalam ucapannya.

ZOLKIFLY Md. Lazim tidak saling meramahi anak muda tempatan berhubung perjuangan penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh di sini, malam tadi.
KELUARGA Zainulfaqar Yaacob dan keluarga Zolkifly Md. Lazim berkongsi meja menikmati juadah kenduri Aidilfitri di bawah khemah di sini, malam tadi.

CEKAL
Pengerusi Badan Bertindak Tuntut Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS) Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim dalam ucapannya memuji kecekalan penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh di bawah kepemimpinan Hamidah.

"Susah nak cari dalam parti saya (PAS) seorang pemimpin muslimat atau wanita selepas Puan Hamidah Che Embi.

"Perjuangan penduduk di sini bagi saya cukup hebat kerana ada pemimpin sehebat Puan Hamidah. Rakyat Pulau Pinang hebat kerana ada jiwa perjuangan seperti penduduk di sini," jelas Zolkifly yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pulau Pinang.

Justeru, katanya lagi, RAGAS berhasrat untuk berkongsi kisah perjuangan penduduk Kampung Permatang Tok Subuh yang hebat untuk memberi inspirasi kepada satu kes pengusiran penduduk asal di Kampung Bukit dekat Bayan Lepas, 11 pagi esok.

"Saya difahamkan Timbalan Ketua Menteri I (Datuk Mohd. Rashid Hasnon) sendiri akan turut berkongsi perjuangan dengan penduduk Kampung Bukit, kalau boleh saya nak bawa ruh perjuangan Kampung Permatang Tok Subuh ke sana 11 pagi esok," ucap Zolkifly, yang juga Presiden D'BM Hospital Permatang Pauh.

FOTOJURNALIS Zainulfaqar Yaacob ghairah dengan ketupat palas di tangan, bersama-sama Zolkifly Md. Lazim di sini, malam tadi. 

Menurut Zolkifly lagi, sesiapa sahaja yang terlibat dalam perjuangan Kampung Permatang Tok Subuh akan dikenang sebagai orang yang berjuang untuk rakyat.

"Saya ingat, YAB Ketua Menteri (Lim Guan Eng), Datuk Mohd. Rashid, Pak Jab Samat (Penasihat Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Permatang Tok Subung), Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk), peguambela (Ho Leng Hong), Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Kathik (JERIT), Choo Choon Kai (wakil PSM) dan sebenarnya banyak lagi seperti Puan Hamidah juga, akan turut dikenang sepanjang perjuangan di kampung ini," jelas Zolkifly lagi.

Zolkifly turut memuji budi bicara Puan Nabisha dalam membuat summary judgement, dan berharap rasa prikemanusiaan turut ada dalam jiwa tuan tanah dan wakil peguamnya, Song.

No comments:

Post a Comment