04 August 2014

Flotila P.Pinang juara, pamer hingga 16 Sept.

KEINDAHAN Flotila Negeri Pulau Pinang bertemakan Simply the Best di perairan berhadapan Persiaran Karpal Singh di Jelutong, selepas menjuarai kejohanan Magic of the Night 2014 di Putrajaya, Jun lalu. | Foto: Buletin Mutiara
KETUA Menteri (tengah, berbaju putih) bersama-sama pemimpin Kerajaan Negeri menyempurnakan gimik pelancaran pameran Flotila Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQRA YAACOB
 
SUNGAI PINANG - Flotila Negeri Pulau Pinang yang baru menjuarai pertandingan Magic  of The Night 2014 di Putrajaya pada Jun lepas akan dipamerkan di perairan berdepan Persiaran Karpal Singh di sini sehingga Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September depan.

Menurut Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, flotila bertemakan Simply the Best itu telah berjaya menewaskan 13 flotila lain, dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Johor, Kedah Kelantab, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Perbadanan Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

“Kejayaan ini tentulah menyuntik semangat Kerajaan Negeri untuk untuk membawa balik flotila yang cantik dan menarik ini ke Pulau Pinang dan dipamerkan dari 15 Julai hingga 16 September di Persiaran Karpal Singh,”  ujar Guan Eng pada majlis keraian tersebut, anjuran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng, Lim Siew Khim (Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang) dan Datuk Ar. Patahiyah Ismail (Yang di-Pertua MPPP), serta Mohamed Akhbar Mustapha (Pengarah Jabatan Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa MPPP) turut hadir pada majlis tersebut.

Guan Eng memberitahu, pembikinan flotila tersebut menelan belanja RM320,000, iaitu RM200,000 disumbangkan oleh Kerajaan Negeri, RM20,000 (MPPP) dan dan RM100,000 (Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan).

“(Kos pembikinan) antara yang paling murah, sungguhpun  kita (Flotila Kerajaan Negeri Pulau Pinang) adalah antara yang paling cantik,” seloroh Guan Eng.

Sebelum itu, Patahiyah menjelaskan, Flotila Negeri Pulau Pinang menyingkap kecemerleangan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan paling unggul di rantai ini.

“Makanan paling diminati seperti asam laksa, Penang Bridge Marathon, Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa dan lukisan dinding wall street art iaitu kanak-kanak berbasikal yang memenangani top 10 best street art oleh The Guardian antara (objek) yang dipamerkan pada Flotila Negeri Pulau Pinang, kerana semua keunikan ini adalah produk pelancongan menarik di Pulau Pinang,” jelas Fatahiyah dalam ucapannya.

Justeru, beliau melahirkan rasa yakin pameran Flotila Negeri Pulau Pinang sehingga 16 September depan akan mengandakan lagi kunjungan pelancong ke Pulau Pinang, khususnya di sekitar George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Terdahulu, Flotila Negeri Pulau Pinang telah menjuarai kejohanan Magic of the Night 2014 yang dilangsungkan di Tasik Marina dekat Putrajaya, pada 14 hingga 22 Jun lepas.

No comments:

Post a Comment