11 July 2014

Periksa kesihatan diri minimum sekali setahun - Jagdeep

JAGDEEP Singh Deo (tengah) sedang menerima pemeriksaan tekanan darah daripada salah seorang pegawai perubatan di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

DATUK KERAMAT – Tiap-tiap orang dinasihatkan membuat pemeriksaan kesihatan diri sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo.

Justeru, katanya lagi, penganjuran Penang Medical Camp peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Keramat diharap memberi peluang kepada mereka yang masih belum berbuat demikian melakukan pemeriksaan kesihatan berwajib.

“Tahun lepas pun kita buat di sini. Kita harap komuniti di yang mendiami flat-flat di sini boleh berkongsi kesedaran (iaitu) penting periksa kesihatan diri sekurang-kurangnya setahun sekali.

“Kita perlu tahu keadaan tekanan darah kita, kandungan gula dalam darah, jantung kita,” ujar Jagdeep yang juga Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan semasa ditemui di Flat Medan Ria di sini baru-baru ini.

Menurut Jagdeep, penganjuran program tahunan yang menelan belanja kira-kira RM3,000 itu mensasarkan 300 penyertaan komuniti setempat.

Tambah beliau, program seumpama itu sekaligus diharap dapat membantu mereka yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan berwajib di hospital, klinik atau pusat kesihatan komuniti.

No comments:

Post a Comment