26 July 2014

Krisis kepemimpinan Selangor kini peluang atau ancaman, Tuan Guru?

Sokongan Abdul Hadi kepada Khalid berisiko pecahkan Pakatan, kata sumber disiar The Malaysian Insider hari ini.

Abdul Hadi pernah retorik "PAS akan melaksanakan hudud di Terengganu sebelum ayam berkokok," semasa diberi mandat mentadbir Kerajaan Terengganu, pasca PRU1999.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut berseloroh "dia ubat habis tempoh" apabila dikritik oleh seorang pemimpin utama DAP.

Pilihan raya berikutnya, Malaysia menyaksikan rakyat kembali memberi mandat kepada Umno Barisan Nasional.

Kerajaan PAS Kedah pun akhirnya tumbang dalam PRU13 lepas apabila Abdul Hadi mengambil sikap mahu mengekalkan Al-Marhum Tan Sri Azizan Razak sebagai Menteri Besar, walaupun menerima reaksi dingin akar umbi parti serta pemimpin dari DAP dan PKR.

Akar umbi PAS sudah mula bercakap bahawa Kerajaan PR Selangor pun akan tumbang pada PRU14 nanti, dan Abdul Hadi tunggu sekali lagi menyumbang pada tragedi 'gelita' itu nanti.

Cakap Politik
Cakap-cakap politik di bawah ini banyak. Abdul Hadi dikatakan banyak menerima pengaruh Raja Azmi, iaitu abang kandung kepada Raja Petra Kamarudin (pengendali portal blog Malaysia-Today).

Cakap lain, Abdul Hadi menerima pengaruh menantu, Ustaz Zaharuddin Mohamad atau 'Din Ayam', yang disebut-sebut menerima gaji lumayan di GLC Perancang.

Abdul Hadi turut disebut-sebut menerima jaminan keistimewaan daripada Khalid sendiri, apabila beberapa wakil tidak rasmi Presiden PAS berkenaan telahpun memaafkan 'pertemuan dalam gelap' dengan wakil Khalid, iaitu Faekah.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP Kebanggaan) dalam satu kenyataan media bersama baru-baru ini telahpun bersetuju menamakan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Dr. Wan Azizah disyor menggantikan Khalid Ibrahim.

Bukan saja status Dr. Wan Azizah sebagai isteri Anwar dipertikai, malah, Ketua Urusan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik umpamanya dilihat bersikap patriaki dengan mempertikai gender wanita calon Menteri Besar Selangor berkenaan.

Dr. Wan Azizah digambarkan sebagai 'boneka Anwar' jika dimahsyurkan sebagai Menteri Besar nanti.

Pro Anwar pula menganggap memang pelan transisi jawatan Menteri Besar Selangor yang dimulakan melalui aksi 'Langkahan Kajang' sebelum ini pun adalah untuk membawa Anwar ke peranan itu.

Anwar dikatakan penting dalam rancangan tersebut, kerana mahu menjadikan Selangor yeng serba mampu dari segi politik dan kewangan lebih berperanan untuk mengambil alih Putrajaya semasa PRU14 nanti.

Anwar dikatakan mahu Selangor menjadi 'kereta kebal' yang jitu untuk bertempoh tembok perkauman di Putrajaya dari sekarang.

Nampaknya, percubaan Anwar kali ini tergendala, seperti aksi 16 September berapa tahun lepas, yang dikatakan berpunca oleh Abdul Hadi juga.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang turut disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar dilihat lebih cool, apabila nama Presidennya disyor parti.

Peluang Vs Ancaman
Dalam semua kegelitaan politik PAS dan Pakatan Rakyat, kelibat Abdul Hadi begitu ketara.

Pun begitu, jika khalayak empeti dengan ijtihad politik Abdul Hadi, mereka akan melihat niat Abdul Hadi adalah murni.

Bagi Abdul Hadi, polemik kepemimpinan di Selangor kini mungkin 'peluang' untuk PAS mengukuhkan dominasi siasah parti masa depan itu, walaupun khalayak rata-rata menganggap itu 'ancaman' bagi Pakatan Rakyat.

Begitu juga di Kelantan kini, Abdul Hadi mungkin menganggap krisis kepemimpinan pasca PRU13 adalah 'peluang', tetapi ajar umbi parti masa depan di sana menganggap itu semua 'ancaman' di PRU14 kelak.

Yang pasti, ijtihad politik Abdul Hadi mahu Azizan Razak kekal sebagai menteri besar hingga PRU13 bukan 'peluang', tetapi terbukti sebagai ancaman sampai PAS PR tewas di negeri berkenaan.

Dengan erti kata lain, niat murni dengan menganggap polemik kepemimpinan di Selangor sebagai 'peluang' adalah tidak memadai, kerana realitinya itu semua wajar dihitung sebagai 'ancaman' juga.

Setuju?

No comments:

Post a Comment