24 July 2014

Dua syor untuk Majlis Dakwah P.Pinang 10.00 pagi ini

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) yang giat melaksanakan aktiviti dakwah membabitkan saudara baru di Pulau Pinang dijadual bersidang bersama-sama Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim dekat Komtar, 10.00 pagi ini.

Mereka, Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA), Pertubuhan Kebajikan Islam (ICS), Pertubuhan Propagasi Islam Antarabangsa (IPSI), Hidayah Centre, Institut Qayyum (iQ), Persatuan Haluan Fitrah (Haluan), Outreach ABIM, Kelab Sukan Muda Islam (YMSC), Persatuan Dakwah Islamiyyah (PDI) dan Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) masing-masing dijangka akan menghantar wakil dalam pertemuan tertutup tersebut bagi membincangkan komitmen Kerajaan Negeri memartabat Islam sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan.

I.K.U.T. atau Infaq Kebajikan Ummat Takaful Mewakili 10K Suara Reverts Pulau Pinang yang dinaungi oleh Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim dan pengerusinya Nurazley Stanley akan membentangkan idea penubuhan Yayasan Saudara Baru di negeri Pulau Pinang.

Manakala, wakil Pertubuhan Persaudaraan Islam Malaysia (Persalam) Azran Chan akan membentangkan syor mengupaya kepakaran muallaf di Pusat Transit Permatang Tok Gelam, dengan hubungan strategik Giat Mara dan Institut Latihan Industri (ILP).

No comments:

Post a Comment