04 June 2014

Pameran Mangkuk Tingkat sejajar aspirasi MPPP

SALAH seorang pengunjung mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama mangkuk tingkat di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Muiara
MOHAMED Akhar Mohamed (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan sempena penganjuran Pameran Revolusi Mangkuk Tingkat di Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Pameran Revolusi Mangkuk Tingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dari Mei hingga hingga Julai depan adalah sejajar dengan aspirasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Pengarah Rekreasi, Pelancongan Dan Perhubungan Antarabangsa MPPP, Mohamed Akbar Mustapha semasa merasmikan pameran tersebut berkata, program sebegitu wajar disokong kerana memangkin pada usaha mewujudkan bandar hijau di sini.

“Pulau Pinang secara umumnya telah melaksanakan Kempen Tanpa Beg Plastik dan juga di peringkat MPPP kita juga telah melarang penggunaan bekas makanan polistirena,” ujar Mohamed Akbar.

Kurator Muzium, Haryany Mohamad serta dua Ahli Majlis MPPP, Gooi Seong Kin dan Lim Boon Beng turut hadir pada majlis buat julung-julung kalinya diadakan di negeri ini.

Difahamkan, hampir 190 buah mangkuk tingkat berjaya dikumpul sempena pameran yang berlangsung tersebut, termasuklah koleksi unik dari Czechoslovakia, Eropah dan "Peranakan".

Sebelum itu, Haryany menjelaskan, penggunaan bekas menyimpan makanan yang diperbuat daripada plastik serta budaya makanan segera yang diamalkan sekarang, sekaligus seakan melupakan masyarakat pada tradisi menggunakan mangkuk tingkat.

Ekoran itu, katanya lagi, Lembaga Muzium mengambil inisiatif khas mengadakan pameran tersebut, dengan mendokumentasikan perubahan senario penggunaan mangkuk tingkat sejak 100 tahun yang lalu.

“Pameran ini adalah untuk mengekalkan mangkuk tingkat yang dianggap sebagai barangan antik dan tradisi sejak era 1920-an.

"Budaya kita adalah identiti kita,” ujar Harvany lagi.

No comments:

Post a Comment