09 June 2014

Macam mana Komunis digambarkan athies, sedangkan Cheng Kok belajar Al-Quran dalam hutan?

Cerita Cheng Kok (bukan nama sebenar) pandai membaca Al-Quran cukup mahsyur di Pekan Gersik dekat Muar, Johor.

Sesiapa pun yang bertandang di kedai kopi itu, akan diperdengar ayat-ayat suci Al-Quran, bukan setakat surah Al-Fatihah.

"Saya bukan tidak mahu memeluk Islam, tetapi, belum mendapat hidayah tuhan Allah lagi," seloroh Cheng Kok.

Saya beritahu isteri muda yang paling saya kasihi, Siti Hajjar Hassan bahawa Cheng Kok ini bukan orang biasa.

Menurut Hajjar, banyak Cina dari Pekan Gersik bukan sahaja pandai membaca Al-Quran, malah petah bercakap bahasa Jawa Halus.

"Sampai sekarang Cina dari Kepong sampai Kundang Ulu masih dianggap sokong Komunis," respons Hajjar.

Ada satu neratif lain menyebut, "Cheng Kok belajar Al-Quran dalam Al-Quran."

Menurut sumber itu, mereka belajar Al-Quran daripada rakan-rakan dalam Rejimen, seperti Mat Indera.

Cheng Kok belajar Al-Quran dalam hutan," seloroh kawan Cheng Kok, pagi tadi.

Semoga Allah membuka pintu hidayah buat Pak Cik Cheng Kok. Amin.

No comments:

Post a Comment