06 June 2014

DAP sosial demokrat bukan sosialisme, pemuda parti nasihat ISMA

HARiSZUAN Jaharuddin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya dinasihat supaya tahun membezakan antara sosialisme dan sosial demokrat terlebih dahulu, sebelum mempertikai sumbangan DAP kepada Malaysia.

Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Bukit Bendera, Harizuan Jaharudin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Aminuddin yang menuduh Lim Kit Siang menghapuskan Melayu di tanah air ini.

"ISMA gagal membezakan antara sosialisme dan sosial demokrat. Ideologi sosial demokrat ini bukan agama," ujar Hariszuan menerusi emel pagi tadi.

Menurut Hariszuan, sosial demokrasi adalah satu pandangan yang menolak monopoli negara (state) dalam semua urusan ekonomi dan sosial.

"Sosial Demokrat juga berbeza dengan ideologi liberal yang menyerahkan semua urusan ekonomi dan sosial kepada pasaran (market), atau yang biasa disebut 'laissez faire'," jelas Hariszuan, yang juga Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Menurut Hariszuan, peristiwa Mogok Utusan 1961, pelaksanaan PPSMI serta hasilan karya 'Revelusi Mental' dan 'Dilema Melayu' adalah antara simbol percubaan pemimpin Umno menghapuskan identiti bangsa, bahasa dan kebudayaan Melayu.

Justeru, katanya lagi, kenyataan Aminuddin itu didakwa sebagai cubaan ISMA untuk mengalih perhatian rakyat yang berbilang kaum terhadap isu sebenar berhubung kelemahan tadbir urus pemimpin Umno di Putrajaya semata-mata.

Terdahulu, Kit Siang yang juga Penasihat DAP digambarkan berpura-pura serta berselindung di sebalik topeng ke'Malaysian'an.

“Hakikatnya dia (Kit Siang) ingin menghapuskan bangsa Melayu, bahasa Melayu dan kebudayaan Melayu. Sejak tahun 60-an lagi dia sudah menolak Melayu,” tuduh Aminuddin, dipetik dari media arus perdana.

No comments:

Post a Comment