15 May 2014

Susah tepati masa kelemahan Fadhil Noor, tapi...


FADHIL Mohd. Noor saling bersalaman dengan Dr. Mahathir Mohamad selepas debat bersejarah mengenai isu masa depan Palestin dekat Dewan DBP, Kuala Lumpur.

OLEH kerana punctuality dianggap kriteria penting untuk menjadi seorang pemimpin hebat, masalah tak menjaga masa dianggap satu kelemahan yang jelas ada pada peribadi Datuk Fadhil Mohd. Noor.

Fadhil Noor berjalan lambat. Fadhil Noor lambat respons isu dan sukar nak memberi justifikasi halal atau haram bagi satu-satu cabaran yang timbul dalam parti.

Fadhil Noor turut dilihat banyak masa dihabiskan atas jalan atas sebab musafir, singgah minum dan makan, serta bertemu orang penting tertentu secara eksklusif di sepanjang kehidupannya sebagai ahli politik dakwah; hingga seringkali tampil lewat di pentas-pentas ceramah politik.

Pun begitu, Fadhil Noor dianggap licik dalam berfikir. Apabila bertindak, Fadhil Noor seringkali dilihat susah 'patah balik' (baca: cakap tak serupa bikin).

Pemikiran licik dan pendirian konsisten yang menjadi antara kriteria Fadhil Noor mengakibatkan kelemahan pemimpin itu dalam hal ketepatan masa jarang dipersoal khalayak.

Satu lagi kriteria hebat yang ada pada peribadi Fadhil Noor adalah bijak mengambil kesempatan atas krisis yang berlaku dalam landskap politik negara.

PAS akan dilihat paling untung apabila Fadhil Noor mengambil sikap campurtangan dalam satu-satu krisis yang berlaku.

Semasa krisis dalam Umno meledak pada hujung tahun 1980an, ada wartawan bertanya, "Antara Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan (Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Ustaz rasa yang mana lebih baik?"

"Saya sokong Datuk Yusof Rawa (Yang di-Pertua Agung PAS) sebab beliau lebih baik," ujar Fadhil Noor semasa masih menjadi orang nombor dua.

Semua wartawan berkenaan jadi buntu dengan isyarat mantik itu, yang sebenarnya hanya difahami oleh komander-komander Fadhil Noor.

'Che Nordin Kelantan', Muhammad Hussin, Taib Ahmad, (Datuk) Taqiyuddin Hassan, (Datuk Dr.) Ahmad Fuad Zarkashi, (Datuk) Husam Musa, Dr. Hatta Mohd. Ramli merupakan antara komander-komander yang pergi berunding di Kelantan atas isyarat mantik Fadhil Noor itu.

Dr. Dzulkifly Ahmad dan Datuk Kamaruddin Jaafar merupakan antara 'komando' terkemudian yang menyertai tim Fadhil Noor.

Hebat Fadhil Noor berunding ini sampai tertubuhnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Kerajaan Umno BN Kelantan tumbang, tetapi, Mahathir gagal "membeli balik" jiwa Ku Li semasa itu.

Akhirnya, PAS dilihat paling untung kerana berjaya mendominasi politik Kelantan semasa krisis itu sedang meledak.

Semasa krisis serupa berlaku antara Dr Mahathir dengan bekas timbalan perdana menterinya pada hujung tahun 1990an pun, fikiran dan tindakan licik Fadhil Noor mengakibatkan Umno sekali lagi gagal "membeli balik" jiwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Implisitnya, PAS sekali lagi dilihat paling untung kerana berjaya dominasi politik oposisi Malaysia semasa krisis itu sedang meledak.

Kelicikan Fadhil Noor begitu menghimpit Dr Mahathir, hatta bekas perdana menteri itu terpaksa duduk sepentas untuk membuktikan dirinya lebih hebat berbanding bekas Presiden PAS berkenaan.

Walaupun Dr Mahathir begitu hebat berdebat dalam iaitu Palestin di Dewan DBP, ucapannya dikatakan tenggelam oleh mantik Fadhil Noor semasa itu.
"Fadhil Noor memang lambat berjalan (baca: susah nak tepati masa), tapi, licik dalam pemikiran dan tindakan. 
"Silap-silap PAS boleh tubuh Kerajaan di Terengganu sekarang dalam keadaan Umno gagal 'membeli balik' kem Datuk Ahmad Said (bekas Menteri Besar), jika pemimpin licik yang lambat berjalan semacam arwah Fadhil Noor dan komando-komandonya campur tangan dalam krisis Umno di negeri itu," kata Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment