19 May 2014

2,981 terima sumbangan pukat serlahkan Kerajaan PR P.Pinang kotai janji pilihan raya

ULASAN BJ FAQAR
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang PRU13 lalu datang ke Pulau Pinang dan berjanji untuk membina 20,000 unit rumah murah serta memperkenalkan sistem pengangkutan Monorel di negeri ini, namun sampai sekarang mengkhianati janji.


2,981 terima sumbangan pukat serlahkan KN kotai janji

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KETUA Menteri (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan pukat kepada seorang penerima (dua dari kiri), sambil diperhati oleh Dr. Afif Bahardin (lima dari kiri), Mohd. Salleh Man (tiga dari kiri), Lim Hock Seng (paling kiri) dan Saodah Nawawi (paling kanan) di Dewan Besar Sungai Dua baru-baru ini.

SUNGAI DUA - Seramai 1,442 nelayan pantai bagi kawasan Seberang Perai menerima bantuan pukat daripada Kerajaan Negeri sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas, kata Ketua Menterii Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini.

Menurut beliau, 1,539 nelayan bagi kawasan pulau turut menerima sumbangan serupa dalam program perasingan, sebelum ini.

"Bantuan pukat ini akan diberikan dua kali setahun...sekarang dapat sekali bantuan, hujung tahun dapat satu kali lagi bantuan," ujar Guan Eng pada majlis penyerahan bantuan pukat di Dewan Besar Sungai Dua di sini.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin dan Datuk Mohd. Salleh Man (Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir merangkap Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP) turut berucap pada majlis itu.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Saodah Nawawi (Pegawai Daerah Seberang Perai Utara), Rohani Hassan (Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan) dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (Pembangunan) Muhaili Md. Saad, serta Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Ismail Ladin.  

Sebelum itu, Dr. Afif memberitahu,  bahawa Kerajaan Negeri memperuntukan lebih RM1 juta tiap-tiap tahun bermula pada tahun lepas untuk memberi bantuan pukat kepada 2,981 nelayan pantai yang berdaftar dengan LKIM. 

Manakala, Mohd. Salleh pun melahirkan harapan bahawa nelayan pantai dapat meningkatkan tangkapan ikan serta pendapatan harian masing-masing demi mendepani kenaikan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat belakangan ini.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan integriti Kerajaan Negeri mengotakan janji pilihan raya yang nyata menguntungkan rakyat, khususnya nelayan pantai di negeri ini.

No comments:

Post a Comment