23 April 2014

Swasta pengkalan TUDM Butterworth 'penyelewengan', tanya Exco kepada Putrajaya



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Putrajaya sekali lagi didesak menjelaskan perkara yang sebenar mengenai status penswastaan pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dekat Butterworth kerana Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya sendiri dipetik menyebut, "kami tidak terlibat dalam penyelewengan seperti yang didakwa." di akhbar Sinar Harian hari ini.

DR. Afif Bahardin.
"Kerajaan Pusat perlu menjelaskan apakah maksud  'penyelewengan' kerana Ahli Parlimen Tasek Gelugor dipetik menyebut begiti di Sinar Harian hari ini," kata Dr. Afif Bahardin yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kesihatan petang tadi.

Dr. Afif yang juga Ketua AMK Pulau Pinang kepada wartawan turut meminta Shabuddin dan waratawna Sinar Harian sendiri membuat klarifikasi berita yang disiarkan dalam akhbar tersebut. 

Beberapa pemimpin baru sayap pemuda PKR negeri turut serta pada sidang media sama dekat Komtar di sini.

Tambah Dr. Afif, sepatutnya Putrajaya berbincang dahulu perancangan di atas tanah berkomersial tinggi tersebut dengan pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, memandangkan urusan pembangunan tanah Pulau Pinang di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Maka, katanya lagi, tidak hairanlah Umno Bahagian Tasek Gelugor di bawah Shabudin sendiri dilaporkan membantang penswastaan pengkalan tersebut, seperti dilaporkan dalam portal berita Utusan Malaysia pada 17 Mac lepas.

Sebelum itu, Dr. Afif menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyebut nama mana-mana wakil rakyat Umno, termasuk Shabudin dan Datuk Jahara Hamid (ADUN Teluk Air Tawar merangkap Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang) semasa mengulas isu kontroversi tersebut dalam ceramahnya baru-baru ini.

"Yang saya tegaskan dalam ceramah Reformasi 2.0 adalah bagaimana pihak Kerajaan Pusat (Putrajaya) di bawah Umno dan Barisan Nasional menjual tanah sini tanapa merujuk langsung kepada Ahli Parlimen atau ADUN di dalam kawasan Tasek Gelugor," jelas Dr. Afif.

Sehingga tengah hari tadi, Putrajaya di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memberi respons mengenai maksud 'penyelewengan' yang disebut oleh Shabudin, sungguhpun Umno Bahagian Tasek Gelugor sendiri dilaporkan membantah penswastaan pengkalan TUDM itu.

No comments:

Post a Comment