19 April 2014

Protes harga getah jatuh punca tiga siswa kena tindakan Universiti



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

 dikemaskini 9.38 malam  GEORGE TOWN - Dua aktivis Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) diarahkan member surat tunjuk sebab kepada pentadbir Universiti gara-gara melancarkan protes terhadap Putrajaya di Parlimen, Kuala Lumpur berhubung kejatuhan harga getah.

Memetik laporan mahaSISWAkini, mereka, Khairol Najib Hashim dan Safwan Shamsuddin (Jurucakap Pro Mahasiswa Nasional) masing-masing diminta mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Datuk Dr. Rohana Yusof.

Khairol dalam satu reaksi dilaporkan berkata, pentadbiran Universiti sepatutnya bijak dalam menilai satu-satu perkata.

"Mereka perlu melihat isu utama yang dibawa oleh kami dan tidak ada alasan sekiranya Universiti mahu mengenakan tindakan tatatertib terhadap kami," ujar Khairol Najib, dipetik dari laman berita kampus tersebut.

Setiausaha Kerja bagi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Fahmi Zainol dalam respons di laman sosial Facebook memberitahu, aktivis mahasiswa bernama Adam Wilfrid turut dikenakan tindakan berupa surat tunjuk sebab. 

Pada 8 April lepas, sekumpulan mahasiswa termasuk aktivis PMIUM melancarkan demontrasi di perkarangan Dewan Rakyat mendesak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak segera berhubung kejatuhan harga getah RM1.90 sekilogram demi kepentingan rakyat.

Adakah pentadbiran Universiti kembali menerima tekanan pihak tertentu gara-gara pentabdiran Najib diprotes oleh kumpulan mahasiswa terbabit? 

No comments:

Post a Comment