24 April 2014

DESTINI BARU OPOSISI...


Untuk mengelak fasa life-time, seseorang CEO wajar melakukan (1)rebranding, (2) reengineering atau (3)replacement, atau ketiga-tiga opsyen itu sekaligus demi mendepani cabaran serta melonjak wawasan organisasi yang dipimpinnya.

Selalunya, seorang CEO akan mewujudkan destini yang baru, supaya guna tenaga pada tahap (1)eksekutif serta (2)operator senantiasa dinamik dalam tabiat organisasi, selain, terkeluar dari polemik semulajadi yang rencam.

Apabila Anwar Ibrahim memanggil pemimpin utama PR untuk menyegarkan semula konsensus oposisi sedia ada yang teledak dek isu Hudud Kelantan' baru-baru ini, fahamlah kita bahawa Anwar sedang mencipta destini oposisi yang baru untuk memastikan pakatan pembangkang tidak mendekati garis life-time.

Ini memang kerja CEO, dan Anwar memenuhi kriteria itu di tengah-tengah pendapat yang tajam antara pemimpin utama tertentu DAP dan PAS.

Seperti di Pulau Pinang, begitu banyak kejayaan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan Islam, dan tak perlulah disebut satu persatu.

Mungkin kerana tiada destini yang baru untuk diraikan, akhirnya semua pihak berwajib seakan terperangkap dalam gedung konflik malar segar belakangan ini.

Oposisi perlukan destini politik yang baru.

"Pulau Pinang Impian Malaysia" perlu dirangka dan dirai secara konstruktif dalam masa terdekat, biar menjadi destini politik oposisi yang baru untuk membenamkan kezaliman Umno terlebih dahulu di tanah air ini.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

+60194241583
@zainulfaqar
faqar.blogspot.com
zainulfaqary@gmail.com

No comments:

Post a Comment