31 March 2014

Usahawan berdaya saing akan diberi perhatian, kata Mohd. Rashid Hasnon

MOHD. Rashid Hasnon (kanan) dan isteri, Datin Nor Azizah Haron (tengah) serta Jusni Ismail (kiri) menghayati keindahan orkid di salah satu gerai pameran Karnival Keusahawanan dan Flora (Orkid) 2014 dekat Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, Sabtu lepas.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Rashid berkata, pihaknya akan memberi perhatian yang lebih kepada usahawan yang berdaya saing serta berpontensi untuk membawa nama Pulau Pinang ke luar negeri.

Menurut beliau, enam usahawan terdiri oleh Melayu, Cina dan India yang dipilih menyertai Karnival Keusahawanan di Sarawak sebelum ini kerana mereka masing-masing memenuhi kreteria yang digariskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Keusahawanan.

“Yang terbaik dan berdaya saing, kita akan bawa mereka ke luar negeri jika ada kesempatan nanti,” jelas Mohd. Rashid semasa merasmikan penutupan majlis Karnival Keusahawanan dan Flora (Orkid) 2014 di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Sabtu lepas.

Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Jusni Ismail dan pemimpin-pemimpin beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri turut hadir pada majlis itu.

Mengulas mengenai kenaikan harga barang dan kos sara hidup terus membebankan rakyat, Mohd. Rashid berkata pihaknya yakin lebih ramai lagi akan mencuburi bidang keusahawanan di negeri.

Justeru, katanya lagi, inisiatif MMK Keusahawanan menganjurkan karnival seumpama ini adalah menepati keperluan usahawan sekarang, untuk mempromosi serta mengembangkan pasaran produk masing-masing.

“Kita menyedari keadaan ekonomi sekarang. Kerana itu, kita menganjurkan karnival seperti ini untuk memberi sokongan kepada para usahawan,” ujar Mohd. Rashid yang juga Pengerusi Tetap Jawatankuasa Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa, Koperasi & Perhubungan dan Pembangunan Keusahawanan

Difahamkan, karnival selama lima hari bermula pada 26 Mac lepas itu dianjurkan  Persatuan Anak Bangsa Malaysia (PABM), dan Kerajaan Negeri buat julung kalinya menganjurkan karnival berkaitan usahawan orkid.

No comments:

Post a Comment