17 March 2014

'Bodoh sombong' anggap MH370 tak jejas pelaburan Malaysia

KUALA LUMPUR - Menolak dakwaan umum bahawa kelemahan dalam menjejaki MH370 hingga menjejas keselamatan negara di mata pelabur asing, sekaligus menggambarkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seakan 'bodoh sombong'.

Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Hamim Samuri dalam satu kenyataan berdalih bahawa pelabur asing 'tiada sebab' untuk dihalang keyakinan terhadap keselamatan negara, hanya disebabkan sistem komunikasi kapak terbang MAS itu sengaja dilumpuhkan secara manual.

"Negara-negara asing memuji Malaysia untuk operasi mencari dan menyelamat...ia tidak akan beri kesan (berantai) pada import dan eksport," dalih Hanim, dipetik dari The Malay Mail Online.

Awal pagi 8 Mac lepas, MH370 hilang dari radar, dikatakan ke Vietnam dan kemudiannya dirumuskan keluar daripada laluan asal ke Beijing.

Najib pada Sabtu lepas membatalkan operasi mencari di sekitar Laut China Selatan apabila timbul petunjuk baru bahawa kapal terdang negara dikatakan melencong dari Udara Thailand ke sepadan Kazakhstan-Turkmenistan dekat Asia Tengah; atau dari Sekatan Indonesia ke Sekatan Laut India.

Najib berdalih, kapal terbang itu telah diambil alih dengan 'tindakan yang disengajakan', tetapi, hentikanlah bercakap bahawa ia telah dirampas.

Dalih Najib lagi, radar negara pada detik 8.11 pagi hari kejadian masih mengesan MH370 masih terbang.

Tidak lama selepas itu, Najib mengumumkan tumpuan siasatan pada kru serta penumpang, manakala, rumah Kapten Ahmad Shah Zaharie digeledah polis.

Penyokong Umno di laman sosial Facebook cuba mengaitkan insiden tersebut dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dalih Kapten Ahmad Shah Zaharie adalah ahli PKR, tetapi, dianggap tidak logik oleh beberapa pemimpin parti masa depan itu.

No comments:

Post a Comment