24 March 2014

Kreativiti vs Jaringan Politik...BJ Faqar ke Universiti Malaya malam esok!

PENULIS dan isteri, Hajjar Hassan.
Kreativiti vs Jaringan Politik
Oleh kerana, mahasiswa tidak mempunyai jaringan politik yang lebih luas untuk mencapai satu-satu tujuan, maka, mereka lebih bergantung pada kreativiti untuk mencapai tujuan tersebut.

Maka, timbullah idea untuk bertanding dalam PRU12 - 8 Mac 2008 - dulu kerana mahasiswa tidak mempunyai jaringan yang luas untuk menasihat perdana menteri semasa itu supaya memansuhkan PTPTN dan AUKU.

Berbeza dengan orang politik, yang sedia maklum mempunyai jaringan politik yang lebih luas. 

Maka, cukup mereka menyampaikan tujuan yang sama menerusi orang tengah, atau menelefon lalu memberitahu sendiri kepada perdana menteri berkenaan bahawa PTPTN dan AUKU lebih elok dimansuhkan.

Kebergantungan kepada jaringan politik, ertinya, kita tidak bergantung lagi kepada kreativiti.

Selalunya orang lama lebih bergantung kepada jaringan politik. Lazimnya, orang muda atau boleh juga disebut sebagai mahasiswa lebih bergantung pada kreativiti.

Apabila saya saling berwacana mengenai gerakan mahasiswa dengan beberapa aktivis dari KUIN Alor Setar kelmarin, saya mula menyedari bahawa saya semakin hilang kreativiti disebabkan kebergantungan saya dengan jaringan politik yang sedia ada.

Untuk menyampaikan hasrat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, cukup saya menghantar emel atau whatsApp

Tidak perlu lagi aksi-aksi kreatif seperti menubuhkan Parti Mahasiswa Negara (PMN) dan cuba bertanding menentang Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi aka Pak Lah pada PRU12 (2008) demi menyampaikan hasrat mahasiswa yang nekad mahu perdana menteri semasa itu menghapuskan PTPTN dan AUKU.


Ke China membabi buta
LEBIH mudah sebenarnya ke Ghuongzhou, China dengan mengambil pakej pelancongan. Kita akan dibawa melawat 10 destinasi paling menarik mengikut kenderaan melancong.

Zolkifly Md. Lazim memilih untuk tidak menggunakan pakej serta khidmat pemandu pelancong semasa melancong ke Guongzhou bersama-sama saya, abang Johari Omar dan abang Khairul Ishak. 

Semua kami langsung tak tahu bahasa Cina. Jauh lagi lah boleh membaca tulisan Cina. Tapi, tak pakai khidmat pemandu pelancong.

Kami bergerak selama empat hari tiga malam di Guangzhou ini menaiki bullet trains, LRT dan bas awam dalam keadaan langsung tidak mampu bercakap bahasa Cina dan membaca tulisan Cina. Bayangkan...

"Bahasa kita (orang Malaysia) dengan China memang berbeza, tetapi, kita semua faham bahasa tubuh badan..." kata abang Zolkifly.

PENULIS merakamkan gambar di Stesen Keretapi Peluru Terpantas Di Dunia dekat Futian, menghampiri sempadan Hong Kong. Di sini, kami menggunakan bahasa tubuh badan kerana kami langsung tidak tahu bahasa Cina dan membaca tulisan Cina.

Di sini, saya dapat lihat betapa kreatifnya Abang Zolkifly, Abang Johari dan Abang Khairul hidup berkelana di bumi China.

Ini kerana, semua kami langsung tidak mempunyai apa yang saya sebut sebagai jaringan politik (keupayaan berkomunikasi dengan orang China dalan bahasa Cina kerana rata-rata mereka juga tidak tahu berbahasa Inggeris).

Apabila saya melihat mereka bertiga sangat kreatif menggunakan bahasa tubuh badan seperti mimik muka, tangan, lakaran di kertas dan sebagainya, saya belajar satu perkara.

Pelajaran yang saya maksudkan itu adalah, kreativiti sebenarnya tidak terbatas pun pada faktor umur tua muda.

Punca mahasiswa lebih kreatif kerana mereka kurang bergantung kepada jaringan politik yang mereka ada.

Abang Zolkifly Md. Lazim, Abang Johari dan Abang Khairul nampak lebih kreatif semasa berkelana di Ghuongzhou kerana mereka tidak bergantung pada jaringan politik yang mereka ada, seperti di Malaysia.


Belajar jadi kreatif
Ghoungzhou adalah pelajaran yang penting. 

Kalau mahu kreativiti menyemarak dalam hidup selepas melewati umur 30 tahun ini, perlu mencipta kehidupan yang kurang bergantung pada jaringan politik.

Kreativiti, ertinya hidup lebih muda dengan bergantung pada kreativiti itu sendiri. 

Untuk menyemarak kreativiti dalam diri ini, tak tahu bila lagi boleh menempuhi pengalaman menggunakan bahasa tubuh badan seperti di Ghuongzhou, China. 

Pilihan yang ada antaranya, berkawan dengan orang yang lebih muda. 

Kalau boleh, berkawan semula dengan mahasiswa dan alam idealisme mereka.

Saya memang tak mahu tua dengan usia saya akan akan mencecah 31 tahun, pada tanggal 13 Mei depan. 

Biarlah umur saya melewati 30-an pun, tetapi, pemikiran senantiasa dalam gerak rasa 20-an dibaja dengan ilmu dan kreativiti.

Tuntas itu, saya mengambil keputusan mengadakan makan malam kecil-kecilan dengan mahasiswa Pulau Pinang di perantauan dekat Universiti Malaya Kuala Lumpur, pada 8.00 malam esok.

Saya dan rakan-rakan dalam jaringan politik sedia ada di Pulau Pinang dengan kerjasama mahasiswa sekitar Lembah Klang bersetuju menganjurkan retreat tersendiri di bawah tajuk Penang Youth For Change, demi menyemarak semula kreativiti masing-masing.

Jom!

MERAKAMKAN gambar kenang-kenangan semasa Majlis Jamuan Malam Mahasiswa Anak Pulau Pinang bersama-sama Datuk Mansor Othman. 

No comments:

Post a Comment