03 March 2014

Jawab tiga komen HAPUS mengenai Jambatan Kedua P.Pinang


SAYA pagi ini merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang atau Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Batu Kawan ke Bayan Lepas.

Saya ada tiga komen di sini:-

1. Dua lorong kereta sahaja sekaligus tidak memenuhi spesifikasi lebuh raya, iaitu sekurang-kurangnya tiga lorong; walaupun menggunakan dalih ada satu lagi lorong khas untuk penunggang motosikal.

2. Pembinaan jambatan kedua ini bertentangan dengan logik menaiktaraf Jambatan Pertama Pulau Pinang, iaitu pelebaran dari dua lorong pada tiga lorong seperti di rentasan utama jambatan itu demi menampung kesesakan trafik pada waktu puncak.

3. Langsung tiada tempat berhenti untuk tujuan kecemasan pada jambatan baru ini sebagaimana pada Jambatan Pertama Pulau Pinang, sekaligus dilihat tidak mesra pengguna.

Mewakili Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (HAPUS), sekali lagi saya menegaskan pendirian kami membantah Putrajaya melanjutkan tempoh kutipan tol 30 tahun lagi kerana perjanjian konsesi yang dimuktamadkan hampir dua dekad lepas menyebut kutipan tol Jambatan Pertama Pulau Pinang tamat pada tahun 2018.

Diharap, Jambatan Kedua Pulau Pinang Berhad (JK2PP) - walaupun proksi kepada syarikat China - selaku syarikat konsesi memberi respons pada tiga komen yang dibangkitkan ini.

HAPUS!

ZAINULFAQAR YAACOB
Jurucakap HAPUS

Merangkap

Ahli Seumur Hidup PAS bagi Kawasan Batu Kawan

Emel: zainulfaqary@gmail.com
Blog: faqar.blogspot.com
Mobile: +60194241583

No comments:

Post a Comment