15 February 2014

Replika patung dijerut kepala anti SOSMA tarik perhatian pengunjung

KUALA LUMPUR - Replika patung dijerut kepala yang muncul di pentas utama demontrasi membantah SOSMA dekat perkarangan Tasik Simfoni KLCC petang tadi menarik perhatian wartawan serta pengunjung pusat membeli-belah itu, termasuk pelancong asing.

Pertubuhan aman itu dikepalai Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Sukri Ab.Rezab dan disertai lebih 50 aktivis daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mereka, ada yang berpakaian serba merah seperti yang disarankan oleh penganjur semalam, dan ada yang berpakaian biasa.

Mereka mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa masih membelenggu beberapa individu lagi di Kem Tahanan Kemunting, Perak, walaupun pasca pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya.

Mereka konsisten mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA sebagai undang-undang draconion, sama seperti ISA.

No comments:

Post a Comment