27 February 2014

Penduduk Kg. Pmtg.Tok Subuh lancar demontrasi di firma guaman tuan tanah Isnin depan



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAM - Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh malam ini sebulat suara melancarkan demontrasi di perkarangan firma guaman tuan tanah dekat Seberang Jaya Isnin depan, 11.00 pagi.

Penasihatnya, Jab Samat berkata langkah itu sebagai reaksi pada langkah tuan tanah Distinct Class memohon penghakiman terus di Mahkamah Sesyen Butterworth, Rabu lepas.

"Penghakiman terus oleh pihak pendakwaan (tuan tanah) jelas bertujuan untuk terus mengusir penduduk asal dari kampung ini," ujar beliau di depan hampir 50 anggota badan bertindak itu di sini.


Pengerusi badan bertindak itu, Hamidah Che Embi, Choo Chon Kai (Pengerusi PSM merangkap aktivis JERIT), Zulkefli Saad (Ahli Majlis MPSP merangkap Pengerusi Lang-Gar) dan Major (B) Mustafa Ariffin (Pengerusi JKKK Alma Bukit Minyak) turut hadir pada majlis tersebut.

Terdahulu, pihak pendakwaan pada Rabu lepas memohon penghakiman terus di kamar Hakim untuk mengusir penduduk asal di sini.

Hakim Nabisha akan membuat ketetapan yang membabitkan enam penduduk asal berkenaan pada sesi pendengaran selanjutnya, Rabu depan.

Sementara itu, pendengaran kes serupa membabitkan 20 penduduk lain akan dibicarakan berasingan pada 5 Mac depan.

Badan bertindak akan melancarkan demontrasi pada Isnin depan bermula jam 11.00 pagi di Firma Guaman Fadzil, Chua & Song dekat perkarangan 17-A (Tingkat Atas), Jalan Todak 5, Pusat Bandar Seberang Jaya, 13,700 Perai.


Kalau nak iklan produk dalam bentuk perkataan di blog ini, hanya RM10 sebulan. Call 0194241583.


 


No comments:

Post a Comment