21 February 2014

Cina DAP dituduh baling babi ke dalam masjid, apa Guan Eng buat di Masjid Terapung P.Pinang?

GAMBAR kren sedang mengeruk tebing pasing dekat Masjid Terapung Tanjung Bungah di sini baru-baru ini demi mengalirkan air laut ke takungan air kotor lalu membersihkan kawasan tersebut secara semula jadi.

Empat hari selesai air takung Masjid Terapung

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TANJUNG BUNGAH – Kerja awalan memajukan dua terusan sepanjang 20 meter termasuk membuka tebing pasir bagi menangani masalah takungan air kotor di bawah Masjid Terapung Tanjong Bungah, di sini siap sepenuhnya dalam tempoh empat hari seperti dirancang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersama-sama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) turut diberi tanggungjawab untuk membuat kajian menyeluruh supaya masalah berbangkit tersebut segera selesai demi kepentingan umat Islam setempat.

"Apa yang lebih penting adalah kajian menyeluruh akan dibuat…supaya takungan air ini boleh dibersihkan secara semula jadi, sebelum dibawa ke laut," ujar Guan Eng baru-baru ini.

Terdahulu, Guan Eng bersama-sama Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tembatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) serta Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera) mengadakan lawatan kerja di sini.

Hadir sama, dua Ahli Majlis bagi MPPPP, Mohd. Hariszuan Jaharudin dan Chun Kit Lee.

Dalam pertemuan itu, Guan Eng mengadakan perbincangan ringkas dengan Jurutera Awam Daerah JPS, Md. Khuzai Hussain dan Roslan Abu Bakar (Pengerusi Qaryah Masjid Terapung Tanjung Bungah) mengenai isu malar segar tersebut.

Hasil perbincangan itu, Guan Eng berkata, kerja pemajuan dilaksanakan dalam tempoh maksimum lima hari dan kos keseluruhan projek pemajuan tersebut dimaklumkan kemudian oleh pegawai berwajib dari JPS, kemudian.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng berkata, semua pihak dirayu supaya tidak menyokong pihak tertentu menganjurkan aktiviti tidak bertanggungjawab walau atas alasan agama sekalipun seperti dua insiden baru-baru ini, iaitu balingan daging kinzir di sebuah masjid dekat Machang Bubuk dan balingan bom buatan sendiri di gereja dekat Jalan Farqihar dekat George Town.

"Saya merayu, marilah bersama-sama kita bersatu hati monolak apa juga rancangan pihak tertentu yang mahu menggugat ketenteraman awam di negeri ini," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment