13 December 2013

Pasang CCTV Ropewalk Bagan dapat perhatian TKM1

Cadangan Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Berhad memasang CCTV di Ropewalk Bagan akhirnya mendapat perhatian Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon sendiri.

Jurucakap koperasi, Nasorudin Shah Mat berkata, langkah itu demi mencegah jenayah serta aktiviti tidak sihat membabitkan 'mak nyah' di kawasan tersebut.

"Saya akan berbincang dengan MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) kerana Kerajaan Negeri memang ada cadangan untuk memasang CCTV di pulau dan Seberang Perai untuk cegah jenayah," ujar Mohd. Rashid di kepada wakil koperasi itu di Bayan Baru, malam tadi.

Timbalan Yang di-Petua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) baru, Datuk Abdul Halim Hussain yang turut menyertai pertemuan tersebut turut melahirkan hasrat untuk mengetengahkan isu 'mak nyah' dalam mesyuarat majlis nanti.

Nasorudin serta beberapa wakil koperasi lain melahirkan harapan supaya cadangan itu direalisasikan secepat mungkin demi kepentingan bersama.

No comments:

Post a Comment