09 December 2013

DUN P.Pinang: Rayer dakwa Umno "tiada akal dan bodoh"

"Hanya orang yang tiada akal dan bodoh sahaja akan bercakap orang Cina dan India di Pulau Pinang tikam Umno."

ADUN Seri Delima, R.S.N. Rayer menggandakan desakan kepada semua ADUN Umno supaya memohon maaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Desakan itu gara-gara ucapan rasis Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri parti perkauman berkenaan, Datuk Musa Sheikh Fadzir  di Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru itu.

Lantas itu, ADUN Pulau Betong, Sr. Muhammad Farid Saad menuntut Rayer menarik balik kenyataan "Umno tiada akal dan bodoh" hingga mengundang pertikaman lidah antara kedua-dua wakil rakyat berkenaan.

Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang kemudiannya menasihatkan semua ahli mesyuarat supaya memberi tumpuan pada perkara berkaitan Bajet 2014.

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid muncul di dewan, lalu mencelah sesi perbahasan lanjut.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment