28 December 2013

Berani Umno derhaka apabila judi Kasino dibina atas kepala Ketua Agama?

Umno Muar kata, perhimpunan TURUN 31 Dis di Dataran Mereka KL ini adalah pengkhianatan kepada Agong.

"Jangan jadi penderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan penderhaka kepada negara sendiri," kata jurucakap gerombolan di Utusan Malaysia hari ini.

Ada orang Pulau Pinang minta saya tanya, apa pendirian Umno Johor mengenai kasino di negeri ada Ketua Agama itu?

Jangan tanya PAS di negeri itu, nanti mereka akan sembah Sultan macam Perwakilan Pas takbir sambut cuti Jumaat di Johor.

Ada orang kata, "tak cukup lagikah Mahfuz Omar minta Majlis Fatwa Kebangsaan nyata pendirian mengenai projek judi nombor dua terbesar selepas Genting Highlands?"

Kawan baik Mahfuz di Sri Gombak bisik kepada saya, "takkan nak suruh Ketua Penerangan PAS Pusat itu tanya Agong?"

"Depa tak tahukah Mahfuz tuu bakal Menteri Besar Kedah?"

Saya tak terkata apa.

Jangan marah saya, sebab blogger Rocky's Bru awal-awal lagi dah tanya, "what will Umno Johor say tok a Johor Casino?"

Gerombolan sendiri percaya, apa yang Rocky's Bru cakap sama macam Mahadhir Mohamad cakap.

Ini kerana, blogger itu pernah menjadi peluru hidup menumbangkan 'Kerajaan Tiga Beranak' Pak Lah dulu.

Saya kata, Mahathir Mohamad dulu lain kerana dia hanya berani dengan Khairy Jamaludin.

Mahathir Mohammad sekarang lagi lain, kerana sesiapa pun tidak hormat lagi apabila ada Rosmah.

Buktinya, Mahathir Mohammad tak terkata apa-apa apabila Najib Razak puji Rosmah dalam perhimpunan gerombolan baru-baru ini.

Kawan baik Mohyiddin Yassin yang saya bertemu di Pagoh lewat malam tadi kata, Mahathir ikhlas memperbaiki Umno macam dulu juga.

Dia jengkal pun, sesiapa dalam Umno yang berani lawan dia?

Anwar! Anwar Ibrahim pernah tanya, mengenai syarikat arak San Muguel itu anak siapa punya?

Anwar itu bekas Timbalan Presiden Umno, respons pegawai Mohyiddin itu.

Bab Kasino Johor, jangan mimpi lah Umno nak derhaka kepada Sultan sebab Mahathir sendiri pun takut Rosmah apabila anak dia berenang dalam lautan dosa jual arak.

Ada tukang komen minta saya tanya, berani Umno derhaka apabila judi Kasino dibina atas kepala Ketua Agama?

No comments:

Post a Comment