29 November 2013

Wibawa Kerajaan Negeri mampu hasil 'menang sama menang' - RAGAS


Kerajaan Negeri wajar memanggil tuan tanah Distinct Class untuk berunding sesegera mungkin supaya situasi 'memang sama memang' dengan penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh dicapai di luar mahkamah.

Itu, antara ketetapan hasil mesyuarat tergempar malam tadi kendalian Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS), Zolkifly Md Lazim.


"Kerajaan Negeri tidak mungkin tunduk pada langkah menggandakan tekanan ini kecuali tuan tanah bersedia dipanggil ke arah mendapatkan konsesus 'menang sama menang' yang membabitkan penduduk di situ.

"Wibawa pemimpin Kerajaan Negeri memanggil Distinct Class mampu buat situasi 'menang sama menang'," ujar Zolkifly di Bukit Gelugor.

Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh, Hamidah Che Embi, Khairul Ishak (Pegawai Khas bagi Exco Kerajaan Negeri, Chong Eng) dan A.Tanaletchemy (Aktivis Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Buah Pala) serta Karthik (wakil PSM Pulau Pinang) turut hadir dalam mesyuarat tergempar itu.

Dalam perkembangan sama, Zolkifly mencadangkan untuk membawa wacana kes Kampung Permatang Tok Subuh ke George Town supaya isu tersebut dinasionalkan.

No comments:

Post a Comment