01 November 2013

Tunas Muda seleweng punca saya jadi pelarian - Rasyidah

SITI Rasyidah Ramli
HAKIM Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Abang Iskandar Abang Hashim pagi ini menolak permohonan saman oleh seorang penduduk asal Kampung Tersusun Sungai Ara dekat Bayan Lepas ke atas defenden, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB).

Plaintif, Siti Rasyidah Ramli, 55, berkata, ketetapan tersebut adalah jelas bertentangan dengan Surat Kebenaran Pendaftar Koperasi - JPKLP15 & JPKLP19 bagi mendapatkan pindak milik atas Surat Perintah P17397 di mana geran-geran tanah dipindah milik kepada koperasi.

Beliau berkata, sepatutnya, perintah itu mengarahkan semua tanah berwajib dipindah milik kepada tiga penuntut tanah berwajib, iaitu anggota keluarganya di bawah Skim Penempatan Semula Kampung Tersusun Sungai Ara. 

"Mahkamah mengarahkan saya membayar RM3,000 kepada defenden. 

"Tunas Muda seleweng punca saya sudah jadi pelarian.

"Pernah sekali, rumah saya dirobohkan pada tahun 2008 dan terbaru pada 7 Februari 2013 kesemuanya tanpa kebenaran," ujar Siri Rasyidah di Komtar, George Town pada pagi tadi.

Justeru, beliau merayu campur tangan Kerajaan Negeri atas pelanggaran hak yang membabitkan koperasi tersebut.

"Atas bidang kuasa Kerajaan Negeri, saya harap diadakan rundingan dengan koperasi supaya hak saya tidak dinafikan," ujar beliau.

Difahamkan, Rasyidah merupakan pemegang liabiliti anggota koperasi bernombor 1038 (arwah ayahnya), 1556 (arwah abang kandung) dan 1278 (arwah kakak kandung).

"Arwah kakak saya menyerah keahliannya serta hartanya dalam koperasi secara sukarela pada 21 Jun 2006.

"Pendaftar Koperasi semasa itu mengarahkan supaya Perintah P17397 ini untuk harta ketiga-tiga 'petitioner', termasuk anggota 1038 (iaitu suami kepada Asyah Ismail - ayah Rasyidah) dikuatkuasakan di Mahkamah," ujar beliau.

"Ketua Menteri dalam bidang kuasanya boleh mengekalkan hak penduduk asas dalam arus pembangunan Skim Penempatan Semula Penduduk di Kampung Tersusun Sungai Ara atas kelulusan MPPP pada 25 April 1985 dan sebagai balasan, MPPP telah diberikan sebidang lot tanah atas kelulusan tersebut.

"Saya hanya boleh disingkirkan sekiranya dibuktikan permit pengutipan wang dan surat Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang disahkan wujud kesalahan serta dibatalkan.

Beliau berkata, keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah KTMSAB pada 24 April 1993 yang menyebut bahawa "Lembaga Pengarah telah meluluskan pembinaan semula rumah 3485 dan semuanya dibiayai oleh koperasi..." dipatutnya dilaksanakan

"Sebagai Plaintif, saya diarahkan oleh Pendaftar Koperasi atas alasan mematuhi Perintah P17397 bertarikh 3 Julai 1997 Clouse (iii) - Leave is granted respondence Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad and Petitioner 3 Aishah binti Ismail Balu Anggota 1038 dan Penama Anggota 1278 dan berhak mendapat 50 peratus dari akaun petaruhan tapak rumah dalam akaun bertarikh 31 Disember 1985 dari harga tanah tapak rumah yang ditetapkan oleh surat siarat 1/69 atau Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan harga 1 sen sekaki persegi."

"Perintah Pendaftar Koperasi mengarahkan saya membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi sepatutnya dibenarkan, melainkan perintah itu sendiri dibuktikan tidak sah," ujarnya.

Justeru, beliau mendakwa KTMSAB menyeleweng hak kepentingannya dalam Skim Penempatan Semula penduduk asal di Kampung Tersusun Sungai Ara. 

No comments:

Post a Comment