29 November 2013

Bajet 2014: RM6,000 elaun ADUN, Ketua Pembangkang RM2,000 mula 1 Jan.

ELAUN semua Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan ditambah menjadi RM6,000 berkuatkuasa 1 Januari depan.

Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa perbentangan Bajet 2014 berkata, elaun Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang turut akan dinaikan 100 peratus menjadi RM2,000 sebulan.

"Kerajaan Negeri sedar bahawa elaun ADUN sebanyak RM4,112.79 sebulan tidak berubah sejak Januari 2004 dan jumlah ini tidak setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada ADUN," ujar Guan Eng semasa membentangkan Bajet 2014 di DUN Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.

Ekoran itu, katanya, Kerajaan Negeri bersetuju meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2005 untuk tujuan berkenaan.



No comments:

Post a Comment