30 October 2013

Rai 150 pelbagai kaum simbol Deepavali Bt. Kawan 'semangat Malaysia'

BUKIT TAMBUN - Inisiatif Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani memberi sumbangan barang keperluan harian kepada 150 golongan terpilih daripada pelbagai kaum sempena menyambut Hari Raya Deepavali pada malam ini sekaligus mencerminkan wajah sebenar semangat Malaysia.

"Semua kaum sama ada Melayu, India atau Cina ada pada malam ini, sebagai penerima sumbangan kerana mereka layak.

"Kita mahu jadikan semua keraian di negara ini bawa semangat Malaysia yang hakiki, tanpa perlu prejudis pada mana-mana kaum.

"Yang mampu, membantu. Yang kurang mampu, dibantu seperti yang disaksikan pada malam ini," ujar Kasthuriraani di sini.

Berita lanjut, menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment