29 October 2013

Exco tanya Menteri status bina rumah mampu milik P.Pulang

EXCO Pertambahan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo meminta Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan tapak lokasi serta status pelaksanaan projek perumahan mampu milik yang dimaksudkan di negeri ini.

Pengesahan itu, menurut Jagdeep, merujuk pada satu pengumuman Kerajaan Pusat yang merancang pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dalam 15 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Lemah Klang, Johor, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

"Saya ingin bertanya, di manakah lokasi sebenar projek PR1MA ini dan bagaimana pula status projek perumahan mampu milik (kendalian) Kerajaan Pusat di negeri ini," ujar beliau pada tengah hari tadi di Komtar, George Town.

Pengerusi Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan serta beberapa anggota pemaju lain turut serta pada sidang media sama.

Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat berkata, pihaknya telahpun mengutus surat rasmi kuasa Abdul Rahman pada 24 Oktober lepas bagi mendapatkan penjelasan berwajib.

Dalam satu surat berasingan pada tarikh sama, Jagdeep berkata, pihaknya turut minta penjelasan lanjut berhubung status terbaru permohonan dana program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M).

Penjelasan itu merujuk pada jawapan Abdul Rahman kepada Ahli Parlimen Bagan merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada 30 September lepas.

"Datuk telah menyatakan lapan permohonan telah diluluskan di bawah TP1M yang berjumlah RM4.5 juta.

"Kami akan berbesar hati sekiranya pihak YB Datuk dapat memberi butiran terperinci berkenaan lapan permohonan tersebut serta status pelaksanaan memandangkan maklumat yang diterima oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ada cuma satu permohonan diluluskan di bahagian pulau dan dua di bahagian seberang masing-masing," ujar Jagdeep.

Jagdeep dalam satu surat rasmi pada 18 September lepas kepada Abdul Rahman turut membangkitkan masalah kerja-kerja penyelenggaraan PR1MA tidak dapat dilaksanakan disebabkan peruntukan kementerian Pusat tidak cukup.

Permohonan PR1M penting untuk memulihara rumah mampu milik rakyat yang sedia ada memandangkan Kerajaan Negeri bersedia membiayai baki 10 peratus dan 30 peratus yang sepatutnya ditanggung oleh persatuan penduduk berwajib, melalui Program Bantuan Perumahan Rakyat Pulau Pinang, Yes! (HAPPY!).

Berita lanjut menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment