30 October 2013

Empat kolam mendapan Machang Bubok rosak, kata Setiausaha MPSP

BUKIT MERTAJAM -Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Sr. Rozali Mohamud berkata, 34 daripada 40 kolam mendapan di sekitar kawasan DUN Machang Bubok dikenalpasti masih berfungsi dengan baik.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Majlis, Ho Leng Hong dalam mesyuarat penuh MPSP, petang tadi.

"Hanya empat kolam mendapan dikenalpasti tidak," ujar Rozali di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini.

Perkara itu dibangkitkan selepas beberapa kawasan, termasuk DUN Machang Bubok dilanda banjir kilat serta banjir Lumpur baru-baru ini.

Berita lanjut menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment