24 October 2013

'Bilik Sulit' ke Kepala Batas 9 Nov., TKM1 sertai teater serupa Bkt.Mertajam 10 Nov.

GEORGE TOWN - Teater BILIK SULIT di Kepala Batas diadakan pada 9 November, manakala, 10 November pementasa serupa di Bukit Mertajam.

Penganjur, Abdul Halim Abdul Hamid (Ayah Adam Adli) berkata, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon menyatakan hasrat untuk mengikuti teater tersebut di Bukit Mertajam kendalian Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam).

Tambah beliau, AJK PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa turut mengesahkan kehadiran untuk menyampaikan ucap tama serentak dengan pementasan teater di Dewan Maliki Permatang Bertam, Kepala Batas. 

"Cadangan mengadakan Teater Bilik Sulit di Parlimen Bukit Bendera pada 9 atau 10 November ini batal," ujar Abdul Halim semasa menghubungi PenangInsight, pagi tadi.

Terdahulu, Aktivis budaya, Hishamuddin Rais menyatakan persetujuan untuk membawa pengkisahan semula kezaliman mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan akta tahanan tanpa bicara lain dekat Kem Kemunting ke Utara Semenanjung Malaysia, termasuk Pulau Pinang.

Pegawai Penyelaras Kawasan DUN Bertam, Asrol Sani Abd. Razak serta PAS Cawangan Seri Bertam, Kami Anak Muda Menentang Umno (KAMU) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) masing-masing menyatakan hasrat untuk menganjurkan program pendidikan demokrasi itu.

Steven dilaporkan merancang penganjuran program serupa pada 10 November 2013 (Ahad) di Bukit Mertajam, yang kebetulan serentak dengan cadangan pihak Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Namun, cadangan membawa "teater bukan teater" tersebut ke kawasan Parlimen Bukit itu sah ditangguhkan, pagi tadi. 

BILIK SULIT merupakan teater yang mengisahkan mengenai kezaliman Kerajaan Umno BN Pusat ke atas tahanan tanpa bicara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membabitkan rakyat.

Sungguhpun pentadbiran Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak menguar-uarkan ISA telahpun dimansuhkan, namun, enam dari 13 tahanan akhir dilaporkan masih dizalimi di Kem Kemunting sampai sekarang.

Info lanjut, hubungi BJ Zainulfaqar Yaacob (0194241583) atau Abdul Halim (0123485275/0195292055).

No comments:

Post a Comment