10 July 2013

Tenis Asian diharap cungkil bakat baru - Exco

SEBAHAGIAN peserta bersama pingat kemenangan bergambar kenang-kenangan selepas menerima pingat kemenangan masing-masing di sini baru-baru ini.

HAMPIR 100 atlet dan pegawai sukan dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, China dan Hong Kong berkampung di Kelab Sukan Pulau Pinang, George Town bagi merebut kejuaraan sempena Kejohanan Tenis Siri Ketiga Bawah 14 Tahun Asia Pulau Pinang 2013 baru-baru ini.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Kesenian, Chong Eng berkata, Kerajaan Negeri berharap lebih ramai bakat baru tempatan dapat dicungkil melalui kejohanan terbuka itu.

“Acara seperti ini akan membantu dalam menaikkan semangat atlet-atlet muda kita dalam kejohanan yang lebih kompetetif,” ujar beliau semasa menyampaikan ucaptama pada kejohanan itu di George Town baru-baru ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Francis Su Kok Eng turut hadir pada temasya sukan itu.

Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang merakamkan penghargaan kepada Penang Lawn Tennis Associatoin (PLTA), Asian Tennis Federation dan MSNPP atas kejayaan bersama menganjurkan kejohanan tersebut.

Calloud Fabien dari Hong Hong berjaya merebut kejuaraan acara terbuka selepas menundukkan jaguh Filipina, Eala Michael Francis.

Atlet China, Ma Yexin, iaitu pemain di kedudukan 19 Asia menjuarai kategori wanita selepas menewaskan rakan senegara, Loh Shi Pei (atlet di kedudukan 56 dunia).

Pasangan Malaysia, Kamaruzzaan Naufal dan Alvin Wee Jie pula memenangi acara regu lelaki selepas menewaskan gandingan Malaysia-Filipina, Eala Micheal Francis II dan Mohd. Adam Das.

Alfarizad Tara dan Suhana Adam dari Malaysia turut bergelar juara acara regu Wanita selepas menjinakkan pasangan Indonesia-Singapura, Danisa Amalina dan Jeovanne Can.

No comments:

Post a Comment