19 July 2013

Pasukan MP Nibong Tebal jejak fakir sempena Ramadan

PEGAWAI Khas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Azmi (kanan) mewakili Mansor Othman menyerahkan sumbangan kepada isteri Yusof Ahmad di kediamannya di sini baru-baru ini.
NGAH Imsah Jamim (kiri) menerima sumbangan ikhlas daripada Azmi di Kampung Sungai Chenaam di sini baru-baru ini.

PASUKAN Ahli Parlimen (MP) Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman baru-baru ini menjejaki fakir miskin di sekitar kawasan parlimennya sempena menyambut bulan Ramadan.

Salah seorang krew Pusat Khidmat Palimen Nobong Tebal yang mahu dikenali sebagai 'Encik Azmi' berkata, program tersebut diharap dapat membantu Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengagihkan sumbangan kepada mereka yang layak, termasuk di Kampung Sungai Chenaam di sini.

Ekspedisi kemanusiaan itu antara lain membantu membaiki rumah keluarga Ngah Imsah yang dikesan dalam keadaan daif.

Mereka turut membantu keluarga Yusof Ahmad yang lumpuh serta tidak lagi bekerja sejak tiga tahun lepas.

“InshaAllah, kita (Kerajaan Negeri) akan usahakan sesuatu untuk membaiki rumah Ngah Imsah demi keselesaan makcik Ngah sekeluarga serta mendapatkan bantuan dari Zakat Pulau Pinang (ZPP)...lebih-lebih lagi makcik Ngah mempunyai seorang anak lelaki 'istimewa'.

“Hanya isterinya (Yusof Ahmad) bekerja mengambil upah mengasuh kanak-kanak dengan pendapatan sekitar RM200 sebulan untuk membantu keluarganya.

“Sudah menjadi hasrat Ahli Parlimen kita (Mansor) untuk cuba sedaya upaya membantu seluruh penduduk di Parlimen ini, terutamanya yang fakir dan terpinggir demi kelangsungan Kerajaan Negeri,” katanya Azmi.

No comments:

Post a Comment