18 July 2013

Adun DAP P.Pinang jual tanah kubur Islam kepada Cina dalam bulan Ramadan?

R.S.N Rayer (bertopi) bersama sekumpulan kanak-kanak tekun membersihkan daun-daun kering di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gelugor baru-baru ini.
Rayer sertai bersih kubur Islam

AHLi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N.Rayer menyertai 200 penduduk setempat membersihkan tanah perkuburan Islam Sungai Gelugor di sini sempena sambutan Ramadan.

Beliau berkata, program amal seperti itu dapat menyuburkan rasa muafakat antara Pusat Khidmat ADUN Seri Delima dengan komuniti umat Islam tempatan.

“Saya amat berbesar hati menjadi sebahagian komuniti yang hadir untuk turut serta dalam gotong-royong membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Sungai Gelugor ini,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, beliau sangat bangga dengan amalan umat Islam memperbanyak sedekah, mengadakan jamuan berbuka puasa, meraikan anak-anak yatim serta mengimarahkan masjid.

“Saya percaya di bulan yang suci ini, kerja-kerja amal boleh menjadi pemangkin dalam melaksanakan ibadah yang dituntut dalam Islam,” katanya lagi.

Perkembangan terbaru itu menyerlahkan keharmonian beragama melibatkan umat Islam dan bukan Islam di negeri berkenaan.

No comments:

Post a Comment