20 June 2013

Waris mangsa ribut terima RM13,000

DARI KIRI: Wong Ah Kooi, Mah Yok Mei, Phang Bee Fung, Lim Guan Eng, Wong Hon Wai dalam satu majlis kendalian Pejabat Ketua Menteri, Komtar baru-baru ini.


Sumbangan ehsan berjumlah RM13,000 diserahkan kepada waris atas kematian Wong Tze Chow dalam insiden ribut di Empangan Air Itam, George Town baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menyerahkan sumbangan ehsan RM3,000, manakala, RM10,000 lagi diserah oleh Pengurus Besar Perbadanan Bekala Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. Jaseni Maidinsa.

Bercakap pada satu sidang media, Guan Eng berkata, beliau sangat terkejut atas kejadian itu.

"Kami (Kerajaan Negeri) cukup terkejut dengan apa yang telah berlaku," ujar beliau sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan beberapa kes kehilangan jiwa lain di negeri negeri itu.

Difahamkan, satu kehilangan jiwa lain turut berlaku dalam kejadian runtuhan rod penebat kilat dari bumbung bangunan Menara Umno Pulau Pinang dekat Jalan Machalister di sini.

Sumbangan diterima oleh isteri Tze Chong, Phang Bee Fung, 30.

Ayah mendiang, Wong Ah Kooi, 63, Mah Yok  Mei, 65 (ibu) dan adik, Wong Yee Ling (30) turut hadir pada majlis itu.

Hadir bersama, ADUN Air Itam, Wong Hon Wai.

No comments:

Post a Comment